Friday, February 27, 2009

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:



“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.



Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!



“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!



Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com Baca Selengkapnya..

Tuesday, February 24, 2009

sahabatku sayang

ketika malam..
melabuhkan tirainya bawa malam..
meninggalkan siang lalu..
pergi tanpa ulang..
tinggal memori semalam..
suka duka keindahan..
Manisnya itu tak mungkin berulang..
Ukhuwwah yang terbina..
terjalin sekian lama..
kini meniti akhirnya..
nokhtah perpisahan..
perjuangan ummah ini..
kau pasti teruskan jua..
walaupun ku gugur pergi selamanya...
teruskanlah teman..
teruskan perjuangan suci ini..
perisaikan diri iman..sempurna di hati
basahkan bibirmu dengan puji kepada ilahi..
Agar tiada tersia perjuangan ini..
Andainya pun engkau gugur..
syahid ganjarannya nanti..
andai sebaliknya..
hidupmu kan bermakna..
biar putus nafas ini ..
Nantikan temu kembali..
Ditaman impian..
manisnya kan bersemi..
.......................................
ku mencari-cari teman yang sejati..
buat menemani perjuangan suci..
........................ Baca Selengkapnya..

Kelebihan Solat Sunat Tahajud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,
biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S. A. W dan para sahabat r. a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-
ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis
Nabi S. A. W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan
jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences,
England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia
sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana
kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika
tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan
lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu
bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas.
Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.

Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga
mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusies dan Sikh.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : "The woods are
lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go
before I sleep." Maksudnya "Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden
fight. But while their companions sleep, were toiling upwards in the night." - Longfellow. Maksudnya "Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah
kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat
tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari
segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu
mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa
kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-
lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.


Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus
yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga
terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke
arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah.
Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan
kesihatan tubuh badan manusia.
Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan
tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini. Baca Selengkapnya..

Monday, February 16, 2009

USRAH

DEFINISI USRAH
Usrah bermaksud keluarga.
Kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam.

TUJUAN USRAH
1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT.
2. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.
3. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan laranganNya
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat ikutan dalam kehidupan seharian.
5. Supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Sentiasa dapat bermulazamah

RUKUN USRAH
 Taaruf
- berkenal-kenalan
 Tafahum
- bersefahaman
 Takaful
- tolong-menolong

ADAB-ADAB USRAH
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah.
2. Berazam untuk mendapatkan ilmu yang diberkati Baca Selengkapnya..

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.



4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu.

SEMOGA KITA MENJADI SAHABAT YANG BAIK LAGI DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T..AMEEN. Baca Selengkapnya..

MALE VS FEMALE

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini
sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu
antara kaum ADAM dan HAWA dan
saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya
menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak
tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami
tak perlu taat pd isterinya
(taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah
haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-
sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat
kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka
kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan
segala kelemahan itu datangnya
dari diri saya sendiri. Baca Selengkapnya..

Thursday, February 12, 2009

Cermin Diri

Membentuk Keperibadian Mulia.

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia
dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu
dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia
menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah
pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah
diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada
kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan
itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu
cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan
orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak
di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara,
pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas
kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat
melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang
ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di
tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri
kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan
lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi
kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu
adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan
ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit
dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.



Semoga mendapat sesuatu melalui pembacaan ini..AMEEN. Baca Selengkapnya..

hayatilah kisah ini..

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....


Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?


Si ayah mula menengking.


Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah
sejam di pejabat?


Si anak mula merayu pada ayahnya.


Ayah : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?


Jerkah ayahnya lagi.


Anak : Oh..20 ringgit..


Amin menundukkan mukanya.


Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?


Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli
mainan
lagi ??
Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya..
Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"


Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah
duduk di sofa sambil
memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10
ringgit.


Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan
besar

anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana
anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.


Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati

anaknya masih belum tidur.


"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"
Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.


Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.


"Terima kasih banyaklah ayah!"


Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
yang

sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah
kembali

berang.


"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak
itu??

Dari mana kamu dapat duit tu??"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam
kemas
duit itu, dia
menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.
Amin
minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"


Jerkah ayahnya lagi.


"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.
Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja
awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."


Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...



The moral of this story...

Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting
skali,sharelah masa sebanyak
20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras
sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu
sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan
mereka2 yang begitu
rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati.. pihak syarikat
akan
senang2 cari orang lain.. gantikan kita.

Tapi..keluarga, rakan2 dan org tersayang yang kita tinggalkan kat dunia
ni
pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....


Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?..
untuk
insan yang kita sayang??

FIKIRLAH........INSYA-ALLAH,kita akan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Baca Selengkapnya..

Warkah buat puteri(muslimah)

Puteriku,
Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah. Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu.



Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan
segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya. Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan Taqwa dan meninggalkan perangkap maksiat dan kehinaan. Puteriku! berimanlah dikau dengan Allah yang Maha Agung. Yakinilah pada ajaran dan sunnah Rasulullah saw. Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang tarekat hidupmu lantas ketauhidanmu akan mengikat
Taqwa dan imanmu terhadap penciptamu. Yakinilah bahawa setiap perkhabaran para Rasul itu benar sekalipun berita yang di bawa itu bukan cuma berita gembira.

Puteriku,
Hari ini aku akan menamakan dirimu. Aku memilih nama seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan wanita-wanita lain yang juga turut menjadi idola. Namun hatiku cuma muyul untuk menamakan dikau dengan nama ini. Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan kekurangan dengan namamu ini. Paling tidak merasa cemburu dengan nama-nama temanmu yang lain barangkali jauh lebih up to date. Percayalah bahawa namamu ini sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap Tuhanmu dan bertanggung jawab untuk menaladani peribadi yang pernah bernama seperti itu. Ingatlah kau bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.

Aku berpesan kepadamu tentang ilmu. Ilmu itu mengangkat darjat manusia. Ilmu jugalah yang mencipta peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah ketentuan Ilahi. Ilmu jugalah yang memisahkan kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu seseorang insan. Oleh itu usahlah engkau pencilkan dirimu dari ilmu kerana engkau bakal bergelar seorang ibu yang akan mendidik anak-anakmu nanti. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Kedua-duanya muhim bagimu, namun ilmu ukhrawi lebih faham. Justeru aku menyekolahkanmu di sekolah aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.

Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu. Engkau dibelaimanja. Ketika salahmu engkau diteguri supaya engkau berhati-hati di lain kali. Ketika betulmu aku dalam diam mensyukuri kepintaran yang dikurniakanNya buatmu. Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana ianya tidak berelisih dengan ajaran Islam. Usahlah engkau bersedih tika engkau gagal sekali. Sebaliknya berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih mempunyai peluang untuk kali kedua. Janganlah engkau pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang menyayukan hati. Janganlah engkau salahkan Tuhanmu tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu. Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran dan ketaqwaanmu terhadapNya.

Puteriku,
Apabila usiamu mencecah sembilan tahun engkau akan bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita. Ya; wanita yang punyai tanggung jawab terhadap agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil. Janganlah engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah perkara ghalib untuk kaum hawa. Engkau akan mengalami haidh. Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu ketika engkau dalam keadaan sihat. Engkau perlu tahu hukum-hakam mengenainya. Apa yang perlu engkau lakukan dan apa yang ditegahi agama terhadapmu. Janganlah engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita berketurunan Adam.

Selepas kejadian ganjil itu engkau punya tanggung jawab besar. Engkau perlu lunaskan tanggung jawabmu terhadap agamamu. Jangan engkau abaikan tanggung jawabmu terhadap kesucian dirimu. Apabila sudah berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu. Sesudah itu engkau akan berkali-kali mengalami peristiwa tadi sehingga engkau mengerti hikmah ketentuan Ilahi terhadapmu. Usahlah engkau merasa pelik jika aku tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah mengalami haidh dalam hidupnya. Dialah puteri kesayangan Baginda Rasulullah (Fatimah al-zahra' r.a). Ada wanita yang cuma datang haidhnya sekali seumur hidup. Ada yang setahun sekali. Ada yang jarang-jarang sekali dan normalnya ia datang setiap bulan. Maka hitunglah. Paling kurang haidh itu adalah sehari semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari berserta malamnya. Tentu engkau merasa pelik mengapa aku menulis warkah ini seperti ini bukan? Aku ingin mengajarmu tentang hidupmu. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah; Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. Justeru janganlah engkau segan silu bertanya tentang usuran agamamu pada hal yang tidak engkau ketahui atau engkau ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih mengetahui. Janganlah engkau tanyakan pada orang yang jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.

Selepas tempoh ini engkau akan membesar menjadi seorang wanita. Tubuh badanmu akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi oleh lelaki. Wajib tika ini engkau menutup auratmu terhadap pandangan lelaki ajnabi. Engkau tidak betah lagi untuk menayangkan tubuhmu lantaran ia adalah fitnah yang merosakkan. Waktu ini juga citarasamu akan berubah. Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan dengan kaum lelaki melonjak-lonjak. Engkau akan girang bila engkau punyai teman berlainan jantina. Itulah yang dinamakan ikhtilat. Biasanya ia berlaku ketika usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga menengah alias usia remaja. Umur sementahmu itu pada hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat. Ikutilah jejak ibumu. Dialah modus operandi terhampir buatmu. Seingatku dia tidak pernah menjalin hubungan alias berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku; itupun selepas kami diikat dengan pertunangan. Namun masih mera'ikan tuntutan syara'.

Puteriku,
Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan. Paling tidak engkau adalah generasi akhir zaman. Oleh itu janganlah engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia yang melekakan. Penuhilah dadamu dengan ilmu. Tidak rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti beberapa tokoh serikandi Islam yang pernah melakarkan sumbangan mereka terhadap Tamadun Islam.

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti. Mengimbaskan nostalgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah. Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka. Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun ke medan jihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan?

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'."

Berbicara soal perjuangan merupakan suatu realiti kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan. Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kekufuran terhadap Ilahi. Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang sering meronta di dalam diri. Perjuangan di titian kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Perjuangan mendidik diri menjadi seorang hamba dan perjuangan untuk merintis serta mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah lama hilang. Ya; itulah tugas utama kita. Itulah amanah yang perlu kita lunaskan semenjak kejatuhan Khilafah Islamiah Turkey Uthmaniah pada tahun 1924M. Maka sehinggalah perjuangan murni itu mencapai noktahnya yang entah bila janganlah engkau menyimpangkan diri dan hatimu dari terus bersama dalam ribat Jamaah Islam.

Puteriku,
Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat Saidina Ali k.w jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah al-Zahra'. Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah Fazari r.a. diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu.

Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu. Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita lantaran mereka dari golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Puteriku,

Puisi ini untukmu;

Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah

Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda

Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda;


Puteriku,
Barangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini. Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca warkahku ini. Kalau engkau membacanya tika aku masih di sampingmu maka anggaplah ini pesanku buatmu wahai puteriku. Jika engkau membacanya tika aku sudah disemadikan itulah wasiatku buatmu.

Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan sebagaimana Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya;
Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

"Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu. Ingatilah kepada Allah s.w.t. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu. Sentiasalah mengingati mati."

Ayahandamu.
Fatimah Al-Zahra' melipat semula warkah itu untuk kesekian kalinya. Itulah wasiat ayahnya. Ayahnya gugur syahid sebelum sempat melihat dia mencapai impian yang dilakarkan dalam warkah bisu itu. Kini Fatimah Al-Zahra' adalah penuntut tahun akhir jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir. Dia mencapai semula kitab Qawaid Feqh sebagai isti'datnya untuk menghadapi imtihan dan terpenting untuk mencapai impian seorang ayah.

Tamat.


Glosari:

Dustur - pegangan
Tarekat - jalan, cara
Muyul - cenderung
Kalbu - hati
Muhim - penting
Aham - lebih penting
Ghalib - kebiasaan
Ajnabi - orang asing, bukan mahram
Ikhtilat - pergaulan, hubungan
Ribat - kesatuan
Isti'dat - persediaan
Imtihan - peperiksaan

Nota- Glosari (perkataan berhuruf condong) yang
disertakan sekadar untuk menterjemahkan maksud
penceritaan karya ini.


Nukilan: Akhi Masrawi
Tanta, Egypt.


--------------------
<> Baca Selengkapnya..

Valentine’s Day

TETAMU YG TAK DIUNDANG

Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine’s Day berserta cendera mata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tidak ketinggalan dalam program TV diselitkan cerita-cerita berunsur cinta ditayangkan atas nama Valentine’s Special. Disamping itu , jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan ini untuk menyambut hari yang ‘istimewa’ tersebut, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Kedatangan hari ‘istimewa’ ini juga ditunggu-tunggu oleh pihak hotel dan kedai cenderahati untuk mengaut keuntungan dengan menawarkan pakej-pakej istimewa sempena sambutan hari tersebut. Ini boleh kita lihat pada Tanggal 14 Februari pada tahun-tahun yg lalu berbagai promosi pihak-pihak berkenaan di akhbar-akhbar tempatan.,Contohnya, Makan Malam Hari Kekasih di Restoran Cilantro, Hotel Mi Casa, tiga menu lazat untuk pilihan. Hotel Hyatt Regency Saujana menyediakan pelbagai masakan lazat musim sejuk negara Jepun seperti Renko No Hasamiage, Fuki Nishinni, Taknoko Tosani dan Wakasagi Tempura. Hotel Shangri-La menyediakan hidangan makan malam romantik di Restoran Lafite bertemankan cahaya lilin dengan masakan ala Perancis yang berharga RM389 bagi setiap pasangan. Tidak ketinggalan juga hotel-hotel lain seperti Hotel Legend, Hotel Dyanasty dan Hotel Capitol. Bagi mereka yang ingin membeli hadiah istemewa intuk orang tersayang , sebuah butik di Bangsar iaitu Butik Form telah menawarkan hadiah anting-anting dari sebahagian koleksi barang kemas ciptaan pereka terkenal Amerika Janine Payer yang pernah dipakai oleh bintang filem Hollywood seperti Wynnona Rider dan Brooke Shield dengan harga antara RM600 hingga RM1800.Di sini seperti kita fahami bahawa premis-premis ini adalah pengusaha yang beroperasi untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan cara mengeksploitasikan‘hari tersebut’, dimana mereka menjadikan golongan yang merayakannya sebagai bahan sasaran. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka,kenapa anda menyambut ‘Hari Kekasih’ ini? Diantara jawapan mereka ialah:
Saya hanya ikut-ikut sahaja Untuk mengeratkan tali persahabatan Saja suka-suka.Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-mulut golongan muda Islam ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemikiran/ konsep mereka telah diresapi oleh racun ideology Kapitalisme yang berasaskan doktrin sekularisma iaitu pemisahan agama dari kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan Valentine’s Day dianggap tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang. Merekapada dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran mereka.
Di sebabkan kejahilan dan kurangnya berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!

Tuhan Sentiasa Uji Namun Ada Manusia Ingkar

Sejarah Valentine’s Day

Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini merayakannya, elok sekali kalau kita melihat kembali sejarah silam yang membawa kepada perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno
( Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling tukarmenukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi. Setelah penyebaran agama Kristian, para pemukagereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius ( PopeGelasius) mengganti peringatan Lupercalia itumenjadi Saint Valentine’s Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan adanya usaha untuk menghubungkan hal itu dengan StValentine yang hidup di Rom pada zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270). St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh membantu salah satu pihak untukmemusuhi dan memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang buta. Akhirnya pada tahun270 orang Rom memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine ) dekat Altar Juno. Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day, banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain. Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempatkira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu keranamemasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Rom sekitar 273 Masehi.

HARAM ITU JELAS HARAMnya ,JANGAN LAH KITA MENGHALALKANNYA !!!



Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine’s Day

Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara’ (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukumhakam Syara’Begitu pula untuk
‘berkasih-sayang’ versi ‘Valentine’an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akandilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine’s Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara’ dengan lebih mendalam,akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dimintapertangggungjawaban
( Al Isra’ : 36)
Juga firman Allah SWT;
Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orangg-orang yang zalim (Al Baqarah : 145)

Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidakakan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidakboleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif.

Kesimpulan

Islam adalah ‘cara hidup’ yang khusus dan unik dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai umat yang memiliki peraturan hidupyang unik dan berbeza dengan system manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh ‘menciplak’ ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw. “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka” HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.
“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku(umat Islam)” HR Tirmidzi dari Amru binSyu’aib dari ayahnya dari datuknya. “Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..” HR Tirmidzi.
Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam masalah hari raya(hari kebesaran) misalnya, Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari raya umat lain. Begitu pula dengan urusan pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama lain.
Semestinya kita mempunyai cara hidup kita sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-satunya cara hidup yang komprehensif dan sempurna yang diturunkan / diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur
hubungan manusia dengan tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi kehidupan seorang muslim dengan tegas memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak hidup kaum/ bangsa lain, sebagaimana dalam sabdanya: Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta. Dikalangan sahabat ada yang bertanya: Ya Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)? Hadis riwayat Bukhari,
dari Abu Hurairah. Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-masalah aturan kehidupan, baik individu maupun kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka pernah berkata: “Yang kalah cenderung mengekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan seni pahat (patung berhala), baik di dinding-dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah”. Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita dapati kesesuaiannya.

Memang benar umat Islam kini berada dalam posisi yang teramat rendah, yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita secara membabi –buta meniru apa-apa saja yang diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil, hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan aspekaspek Islam yang lainnya (kehidupan sosialkemasyarakatan, ekonomi , kebudayaan dan lain-lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung tidak diketahui oleh umat Islam sendiri. Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini, akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini? Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan semua aturanNyaFirman Allah swt: “Hai orang-orang beriman, penuhilah seruanAllah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu memberikan kehidupan kepada kamu” ( Al Anfaal: 24)
Wallahua ’lam
“Sesungguhnya ULAMA itu Pewaris Nabi “.( JANGAN LAWAN ATAU MEMPERKECILKAN ILMU MEREKA !!! )
( Dengar lah nasihat mereka dan turutilah …. ) Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates