Saturday, September 26, 2009

PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA










Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya.
Peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya.

Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada 17Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini.

Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy di Mekah. Disamping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : "Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka ".

Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam.

Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau
kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam telah membina markaz di sebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air.

Kemudian Sa’ad bin Mu’adz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : " Wahai Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselamatan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah yang sangat kami kehendaki. Sekiranya Allah mengkehendaki berlaku sebaliknya maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu seperti kami juga. Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan sama-sama berjihad bersamamu". Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu.

Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk berperangan di mana Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun sof tentera dengan susunan yang kemas dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah yang bermaksud:
"Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini".

Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. Dalam saat yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : "Cukuplah wahai nabi Allah!". Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat.

Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana kepala musuh terputus sebelum pedangnya mengenai batang tengkuk musuh itu.

Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut.

Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.

Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia.



Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah.
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang bermaksud: Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.


Firman Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud: Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Perasaan antara al-Raja’ iaitu terlalu mengharap dan al-Khauf iaitu takut mestilah sentiasa kita sematkan dalam hati agar kita tidak terlalu yakin bahawa segala amalan kita samada solat, puasa, sedekah dan amalan soleh yang lain memang telah diterima oleh Allah sehingga kita tidak berusaha untuk memperelokkannya dan kita juga tidak boleh merasa terlalu takut segala amalan tadi sentiasa ditolak sehingga timbul perasaan malas untuk beribadat sehingga kita terus hanyut dengan maksiat. Kita mesti berada antara keduanya iaitu antara takut dan mengharap agar segala amalan kita tidak dilakukan sambil lewa serta ia dilakukan dengan penuh keyakinan dan ikhlas sambil mengharap ia diterima oleh Allah.


p/s : Serapkan semangat jihad ke dalam diri demi menggagungkan agama ALLAH,Islam di mana sahaja kita berada dan dalam masa yang sama terus berharap kepada pertolonganNya.Takbir!ALLAHUAKBAR!!! Baca Selengkapnya..

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga














p/s : untuk sahabat2,raya2 juga..assignment jgn lupa siapkan yer.
untuk semua warga Malaysia,hati-hati di jln raya,ingatlah orang tersayang.
untuk diri sendiri,semoga kamu bertambah matang..Insya-ALLAH. Baca Selengkapnya..

Tuesday, September 15, 2009

RENUNgAN bErsAMA!!! mANgkUk cANtik,mAdU dAN sEHELAi rAMbUt....

Pada suatu hari Rasulullah saw bersama2 Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman pergi menziarahi Saidatina Ali di rumahnya. Kedatangan mereka bertiga di sambut dengan senang hati oleh Saidina Ali dan isterinya Saidatina Fatimah ra.

Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah menghidangkan madu kepada ayahandanya serta kawan-kawan2 karibnya. madu di letakkan dalam sebuah mangkuk yang amat cantik. semasa membawa mangkuk berisi madu itu kepada mereka, tiba2 sehelai rambut jatuh ke dalam mangkuk tersebut. semua yg ada hanya memerhati keadaan tersebut.

tiba2 Rasulullah saw meminta semua sahabat yg hadir untuk membuat perbandingan terhadap 3 benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. maka para sahabat yg ada memberikan pandangan masing2.

Saidina Abu Bakar ra berkata :
"Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, org yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahan kan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut"

Saidina Umar ra pula berkata :
" Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, org yg menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan org yg beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit daripda meniti sehelai rambut."

Saidina Ali ra kemudian berkata :
"Tetamu itu lebih cntik daripada mgkuk yg cntik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu rasa gembira sehingga pulang ke rumahnya lebih sukar daripada meniti dia atas sehelai rambut."

Saidatina Fatimah ra pula berkata :
"seorang wanita itu lebih cntik dripda mangkuk yg cntik, wanita yg menutup auratnya itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorg wanita yg tidak pernah dilihat org lain kecuali mahramnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut"

Rasulullah saw pula mengatakan :
"seseorg yg mendaoat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yg cantik. beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

Malaikat Jibrail as pula bekta:
"menegakkan panji2 agama itu lebih cantik dripa sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu utk usaha2 agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agamasmpai ke akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"

Allah swt kemudian berfirman :
" syurga Ku lebih cantik daripada mengkuk yg cantik itu..nikmat syurga ku itu lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurga Ku adalah lebih sukar daripada meniti di atas sehalai rmabut"

p/s : skadar perkongsian..semoga kita dapat sesuatu yang bermakna dari isi tersirat cerita ini..kuatkan amal,tingkatkan IMAN.. ^_^

sumber : daripada blog sahabat di alam maya :- e-gamis.com Baca Selengkapnya..

Sunday, September 6, 2009

Diari 14 Ramadhan






Assalamualaikum w.b.t

Kenangan pada 14 Ramadhan ini banyak mengajar erti kesabaran dan keimanan.Terasa banyak peristiwa dan kejadian yang menguji keimanan datang silih berganti,seperti Allah sedang berbicara denganku.Hari itu aku sangat gembira kerana aku bakal berbuka puasa buat kali pertama dengan mama dan abahku di rumah setelah 2 tahun berada di sana.Walaupun aku menetap di sana,ntah mengapa aku tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai kenikmatan Ramadhan di pulau Mahsuri itu,dan Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke -3 aku berada di rumah dan aku seperti tidak percaya yang aku sekarang bersama-sama dengan ibu bapaku menikmati juadah sahur dan berbuka,terawih dan banyak lagi.Syukurlah,bukan senang nak dapat peluang yang Allah bagi ini.

Namun begitu,sebelum aku berjaya menjejakkan kaki di Pulau Lagenda ini,banyak peristiwa yang berlaku stapi aku redha atas apa yang terjadi.Hari itu adalah hari Jumaat,selepas habis sahaja kelas BI di Pusat Bahasa,aku bertekad untuk balik ke rumah walaupun sebelum ini aku masih lagi kurang pasti ,memandangkan tanggungjawabku di sini masih belum beres.Namun,gerak hati dan ajakan ibu bapaku membuatkan aku jadi bersemangat.Lagipun,ada something yang boleh dikatakan ‘emergency’.Sebelum sahabat2 ku menghantarku ke Butterworth,tiba2 hujan turun dengan lebatnya sehingga jalan raya pun dah hilang dari pandangan.

Akhirnya,sampailah juga aku di terminal bus pada jam 3.40 petang dan alhamdulillah bus ke Alor Setar telah pun menunggu.Setelah mendapatkan tempat duduk,aku cuba target masa bila boleh sampai ke jeti Kuala Kedah,bimbang kalau2 terlepas feri.Aku cuba bertenang dan semoga dipermudahkan Allah.Dalam aku berfikir,akhirnya aku tertidur keletihan di sebelah mak cik yang tidak sempat untukku bertaaruf.Takpelah,tiada rezeki.Mujurlah aku tersedar 5 minit sebelum bus sampai di Pekan Rabu.Memang selalunya aku turun di situ sebab banyak bus mini yang menuju ke jeti berbanding di Shahab Perdana yang biasanya teksi sahaja yang berlambak.

Dalam pukul 5.30 petang,bus mini pun meluncur laju merentas bandar Alor setar menuju jeti Kuala Kedah.Dalam menghayati pemandangan ciptaan Tuhan,Aku amat bersyukur tiba2 Allah telah memberi lintasan hati padaku,baru aku teringat yang aku tidak cukup duit nak beli tiket feri nanti.Hatiku beristighfar dan lebih kurang beginilah aku bermonolog,”Aku kena draw duit ni,kalu tak alamatnya aku kena la bermalam di sini”.Sampai di jeti ,aku terus mencari bank2 terdekat,tapi kebanyakan bangunan telah di’block’ dengan bazar Ramadhan yang sangat meriah.Tapi,aku tidak kira,dengan bulat hati,terusku redah bazar itu semata-mata mahu draw duit.Orang lain pergi bazar cari makanan,aku pula cari duit.Alhamdulillah,berjaya juga aku drawing sedikit duit walaupun sesak dengan orang.

Aku berjalan laju menuju kaunter pembelian tiket dan terus menghulurkan RM 23 kepada seorang akak yang bertugas,tiket pukul 6 petang dan sekarang sudah jam 5.50 petang.Hatiku bermonolog lagi”gano ni?aku tok maye lagi,takpe mungkin Allah sedang menguji iman aku ni.Teringat peristiwa yang seakan-akan seperti ini,peristiwa yang benar2 menguji akidah seorang hamba.2 bulan lepas,pernahku solat di lorong menuju tangga atas di sebelah kedai cina memandangkan kereta mengambil masa yang lama untuk diservis.Ibubapaku juga ada bersamaku namun mereka tidak apalah,musafir.Kawasan itu memang tiada surau dan kedai2 disitu pula banyak dipunyai orang cina.Hatiku mula kecut bila teringat amaran ALLAH kepada hamba yang sengaja meninggalkan solat.

Waktu itu solat maghrib.Alhamdulillah,lorong menuju tangga itu bersih dan ada pula surat khabar yang tidak digunakan lagi.Tapi dalam kekalutan itu ada satu yang menggelikan hatiku,mamaku sempat bertanya kepada lelaki cina ni,lbh kurang begini la “kiblat arah mana ye?”Aku dan abah saling berpandangan,aku terus menambah soalan cepumas mama kepada si cina ini,”hm,matahari terbenam arah mana ea?”Mujurlah dia tahu dan menunjukkan arah terbenam matahari.Dan dengan hamparan surat khabar,akhirnya Allah mengizinkanku sujud kepadaNya dan di waktu itu aku merasai manisnya iman anugerah Allah ini.Benarlah firman Allah,solat itu wajib dalam apa jua keadaan hatta orang sakit tenat sekalipun mengikut syarat2 tertentu.Itulah kenanganku yang tidak mungkin ku lupakan.

Aku terus berlari2 menuju surau dan mujurlahlah aku dalam situasi orang bermusafir,zuhur dan asar dijamakqasarkan.Selesai solat,aku pantas menuju feri yang masih lagi menunggu penumpang,masa itu sudah pukul 6.05 petang,on the way nak pi sana,ada juga rupanya orang yang senasib dgnku,seorang leleki cina berlari2 mengejar feri.Aku hanya berjalan dengan laju dan buat2 cool memandangkan petugas2 feri msh lagi menunggu.Sebaik kakiku selamat menjejakkan kaki ke dalam feri dan mengambil tempat,tangga pelepasan feri terus diangkat dan dijarakkan dari feri.Barulah aku tahu yang aku adalah orang yang paling ‘last’ menaiki feri.Tapi,syukurlah tidak terlepas feri.

Dalam feri,Ibu bapaku sibuk bermesej pdku bertanyakan bila ketibaanku di jeti Langkawi nati.Tapi mereka sndiri yang mengagak aku akan smpai dlam pkul 7.30 dan jangkaan mereka benar.Akhirnya aku dan ibu bapaku berbuka puasa di dalam kereta sementara kereta meluncur laju ke rumah.Usai menikmati juadah masakan mama dan solat maghrib berjemaah,kami terus ke surau maktab langkawi.Saat menjejakkan kaki di surau itu,satu persatu kenangan manis bersama kawan2 di maktab dulu menerjah ruang fikiran,sangat seronok saat bergelar seorang pelajar sekolah.Kalaulah aku boleh balik semula ke zaman itu,kan best(monolog lagi)..tapi istilah ‘kalau’ memang tiada dalam ajaran Islam.Jadi,aku pasrah dan bersyukur dengan kehidupanku kini sebagai seorang mahasiswa dan lain2.

Terawih yang berimamkan seorang kaunselor di sini memang cukup mengsyahdukan sesiapa sahaja yang mnjadi makmum kepadanya.Beliau ini pandai bermain dengan perassaan atau;psiko’kan pelajar2nya termasuklah adikku.Beliau sedaya upaya membuatkan semua orang menangis dengan mengalunkan ayat2 suci Al-Quran,berzikir,berselawat dan bernasyid dgn suara yg mndayu-dayu sehingga dia sendiri pun turut menangis.Tadi,aku mulai perasan suara imam ini makin lama makin tenggelam kerana sebak dalam meminta keampunan kepada Allah.Alhamdulillah,terawih di sini bukan sahaja tujuan melakukan ibadat tapi ia juga melatih kita menghayati setiap ibadat yang kita lakukan..barulah ibadat kita itu berkualiti dan lebih khusyuk mengadap Ilahi.Semoga pelajar di maktab ini sentiasa barakah dalam menuntut ilmu,begitu jua adikku yang kini menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

Memandangkan kini kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan.iaitu saat kemuncak atau klimaks kita dalam mendapatkan keampunan dan keredhaan daripadaNya,maka janganlah kita sia2 kan peluang yang ada dengan bercampur kebatilan dan kebenaran kerana Allah sentiasa membuka pintu taubatNya selagi nyawa tdk lagi smpai ke keronkongan.Sesungguhnya apa yang berlaku di dunia ini sudah pun Allah tentukan sejak awal lagi dan segalanya mempunyai maksud dan hikmah tersirat.Wahai sahabat2 ,bersabarlah dengan apa saja yang telah,sedang dan akan berlaku nanti.Sesungguhnya Allah menyukai mukmin yang kuat dan banyak bersabar sesuai dengan firmanNya dalam surah An-Nahl : 96

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.

Semoga sahabat-sahabat mendapat dan mengambil sedikit pengajaran daripada cerita ana yang tak sehebat cerita iktibar semasa zaman sahabat Nabi ini..semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W,T,Insya-Allah. ^_^ Baca Selengkapnya..

Saturday, September 5, 2009

..Mentari Hidup..




Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali Baca Selengkapnya..

Friday, September 4, 2009

Demi menggapai cinta Maha Agung














Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini dan mengecap nikmat-nikmat percuma yang Allah SWT kurniakan.
Marilah kita hayati satu petikan yang bertemakan tentang satu perkara yang amat sinonim dengan manusia terutamanya kita sebagai remaja iaitu CINTA.

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti ‘dating’, perbualan telefon dan surat cinta dan yang sewaktu dengannya.

Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan hati yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu’ dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketaqwaan kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya Cinta Nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu’ solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.

Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang paling luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.

Begitulah wahai sahabat, sememangnya cinta kepada makhluk yang berlainan jantina adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi, kita sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir, sewajarnya tidak kita salurkan cinta yang dikatakan fitrah itu ke jalan yang tidak diredhainya ataupun dengan melakukan maksiat. Ingatlah wahai sahabat, bahawasanya jihad melawan hawa nafsu adalah antara jihad yang paling besar di sisi Allah SWT.

Wallahua’lam.

sumber: kiriman seorang sahabat yang jauh di mata,syukran Ayu Ashilla. Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates