Thursday, June 17, 2010

~Pengalaman Sepanjang Bergelar Pelajar~





Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini tergerak di hati saya untuk menceritakan pengalaman akademik sepanjang bergelar pelajar saat umur sudah menjangkau 21 tahun ini.Hidup dalam keluarga merantau di beberapa buah negeri daripada seorang bayi yang tdk mengerti apa-apa sehingga menjadi seorang Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia dan InshaAllah pada bulan 7 ini,saya menjadi seorang Mahasiswa Tahun Akhir di kampus.Terasa cepat masa berjalan..

Tadika PASTI dan SKMT




Walaupun saya dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan namun seawal kelahiran sehingga berumur 5 tahun saya menetap di Melaka dan mempunyai sebuah keluarga angkat yg cukup penyayang dan merekalah yg menjaga kami 3 bradik semasa ibu bapa bekerja.Setelah itu,kami sekeluarga berpindah di Kuala Terengganu kerana mengikut ayah bertukar sekolah selaku pendidik.Saya dan abang sulong telah dihantar ke Tadika PASTI,Wakaf Tengah.Di Sek.Keb. Mengabang Telipot,saya dan abang meneruskan pengajian sebagai pelajar sekolah rendah.

SKKR dan SMKANI



Akhirnya pada umur saya mencecah 9 tahun,keluarga terpaksa berpindah ke Besut,Terengganu.Di daerah itulah,terasa lama saya menjadi seorang pelajar.Mula bersekolah di Sek.Keb. Kampung Raja dan meneruskan pengajian di Sek.Men.Keb Agama Nurul Ittifaq,Kuala Besut.Di sekolah agama inilah saya merasai ruh tarbiyyah daripada kakak-kakak senior yg selari dgn jiwa yg baru meningkat remaja.Di sini,saya merasai nikmat dan indahnya Islam.Ukhwah yang tak pernah padam menjadikan diri ini kuat daripada godaan nafsu. Selesai mendapat keputusan PMR,abah saya menggalakkan saya utk menyambung pengajian di MRSM kerana melihat keputusan PMR yg baru sahaja keluar walaupun hati ini sangat keberatan meninggalkan guru-guru dan sahabat-sahabat yg byk membimbing dari semua segi baik hal ehwal kebajikan atau akademik.


MRSM KOPU






Akhirnya,saya bersekolah di MRSM abah yg dulu iaitu Kota Putra,Besut walaupun abah mengajar di MRSM Yayasan Terengganu,(YT Besut) di mana tempoh perjalanan antara 2 maktab ini ke rumah lebih kurang sama.Bukan mahu lari dari pengawasan abah,tapi nak melatih diri ini supaya lebih berdikari.huhu.. Di sini,saya cuba mengaktifkan diri yg pasif sejak sekolah agama dulu dengan ditaklifkan sbg Biro Kebajikan dalam Badan Wakil Pelajar(BWP) melalui pilihan raya.Taklifan ini sememangnya melatih diri menjadi lebih disiplin dan berwawasan.Terasa malu menjawat jawatan ini sekiranya akademik tdk seberapa.Jadi,saya cuba berusaha dan bersaing bagi meningkatkan pointer setiap sem sehinggalah SPM.Lebih kurang setiap malam,kami akan adakan meting bagi membincangkan masalah dan program yg bakal diadakan kepada pelajar dari batch form 1 hngga form 5.Terasa sedikit masa dihabiskan utk belajar tapi Alhamdulillah Allah menolong hambaNya,setiap sem,poiner meningkat dan saya tiba2 dilantik mnjadi mentor Add Math semasa Ting 5,huhu..itu pun,atas tnjuk ajar mama abah n guru2.Di maktab ini juga,saya merasai tarbiyah hidup ditnggalkan oleh ibu bapa.Semasa Ting 4,abah telah meninggalkan kmi sekluarga kerna menghadiri kursus slama 3 bulan di Auckland,New Zealand..Bila buat latihan Add Math,pasti teringat abah,maka abislah buku Add Math ni basah2.huhu..Awal Tingkatan 5 pula,mama abah telah meninggalkan kami 3 bradik kerna menunaikan haji di Mekah .Pada waktu ditnggalkan itulah,saya merasai peritnya perasaan seorang anak yatim piatu atau sebatang kara.Hmm,bnyak hikmah yg saya dapat sepanjang melalui tempoh ini..Alhamdulillah.

Matrik KMK



Selepas SPM,keluarga telah berpindah ke Langkawi kerna mngikut abah dan saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Kolej Mara Kulim.Alhamdulillah di sini lah,saya merasai suasana Biah Solehah yg sebenar.Ramai kwn2 berubah ke arah yg lebih baik ats dorongan pensyarah2 dan kaunselor.Awal semester,kaunselor KMK telah menghantar saya dan 6 org lagi ahli PRD ke Tanjung Piai,Johor.Baru terbuka sdikit minda apabila berkawan dgn pensyarah sendiri dan dalam masa yg sama mrupakan ckgu pengiring kami.Beliau adalah 'fresh graduate' drp UMT dan juga pensyarah Biologi saya sendiri.Di matrik,saya dilantik menjadi Timbalan Presiden PRD dan di situlah platform utk saya membimbing diri sendiri dan rakan sebaya.Alhamdulillah,berkat drp doa dan bimbingan ckgu2 trutama kaunselor dan pensyarah Biologi yg Islamic ,mmbawa saya ke kampus USM.Sebenrnya sebelum ke kampus,kaunselor yg juga sahabat kepada abah telah pun mendaftarkan saya di sebuah IPTS iaitu Ireland College dalam bidang farmasi kerana dia sememangnya mahukan saya menjadi ahli farmasi,namun atas beberapa sebab saya menolak kerana pada waktu itu juga saya mndapat tawaran ke USM.Sekarang beliau pun sedang menamatkan PhD nya di USM,Penang dan dalam masa yg sama bertugas di pejabat MARA,KL..Alhamdulillah. Pensyarah Bio pula baru sahaja menimang anak pertama dan sering menjemput saya sbg alumni dan adik2 KMK utk makan-makan di rumahnya sehingga sekarang.Syukur,ukhwah ini sememangnya tdk mengenal usia..

Kampus USM



Berat utk saya menceritakan pengalaman akademik di sini memandangkan keputusan akademik saya setiap semester tidak seberapa.Jika dulu,semasa diperkenalkan dgn sistem png saat saya di MRSM sehingga KMK,seingatnya saya tdk pernah mendapat pointer bawah pada 3.20,malah smakin bertambah namun di sini,utk mendapat pointer 3.0pun terlalu sukar dan perit rasanya..hmm,di mana silapnya..adakah kos ini tdk menepati dgn minatku?sibuk sangatkah?kejutan budayakah?atau itu semua alasan?Pernah saya mencuba utk menukar kos ke USM,Kubang Kerian setelah tamat pengajian tahun pertama di sini.Teringat semasa di Tahun Pertama,terasa Pulau Pinang ini begitu asing dan jiwa terasa sedih berada di sini,tdk tahu apa puncanya tp yang pasti saya tdk mahu lagi berada di sini ,namun Allah lebih mengetahui yg terbaik buat saya.Ada beberapa sahabat yg memujuk supaya saya tdk berpindah dan sering memberitahu yg Minden ini perlukan enti..Tersentak saya ketika itu dan saat itu pelbagai persoalan bermain di minda..Perlu sangatkah aku di sini???Hmm.. Walau perit utk mengimbangkan antara akademik dan amanah yg diberi,namun saya tahu Allah pasti menolong seperti mana Allah menolong hambaNya yg menolong agama Allah dengan ikhlas dan redha,Ameeen..Sidang depan diri ini InshaAllah bakal bergelar Mahasiswa Tahun Akhir,yg biasanya sangat sibuk dengan ‘Final Year Project’ dan saat ini saya masih tdk yakin dgn kemampuan diri ,”Ya Allah,Mampukah aku”?Walaupun Seorang sahabat yg telah pun grad dan pernah melalui pengalaman semua ini,banyak memberi nasihat,namun saya seperti 50-50 kerana kos yg diambil pada awlnya bukannya seiring dgn minat yg ada,namun diri menjadi rapat dan kagum dgn guru2 yg mngajar subjek Biologi.Terasa diri mahu menjadi hebat seperti mereka,mengajar dalam masa yg sama mempraktikkan dakwah fardhiah..Walau tanpa kata-kata,setiap gerak-gerinya seolah-olah berbicara dgn kita..


Harapan



Walau apa pun,life must go on..saya akan cuba buat yg terbaik baik dalam akademik atau apa sahaja..InshaAllah..Every cloud has a silver lining kata org putih..dan sbg muslim,Allah sahaja tempatku bergantung dan berharap..Walau hidup ini penuh ujian,namun dgn setiap ujian itu, Allah pasti akan meninggikan darjat kemuliaan bagi setiap hambaNya yg beriman dan sabar menghadapinya..Saya suka menutup penulisan ini dengan satu ayat Al-Quran,Surah Al-Baqarah ayat 269~


“Dia memberikan hikmah (kemampuan utk memahami rahsia-rahsia syariat agama) kepada siapa yang Dia kehendaki.Barangsiapa yang diberi hikmah,sesungguhnya Dia telah diberi kebaikan yang banyak.Dan ada yang dpt mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat"

Wallahualam..



.....................................Tamat........................................... Baca Selengkapnya..

Wednesday, June 9, 2010

Tip dan Muslihat untuk Mempertahankan Diri bagi Wanita






Diambil daripada Safety for Women

Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran! Malangnya, itu tidak selalunya mencukupi. Pertama, saya senaraikan tip yang boleh difikirkan bagi mengelakkan keganasan. Sebenarnya, ini adalah cara yang paling efektif untuk mempertahankan diri.

Ingat, kebanyakan situasi yang melibatkan keganasan (biasanya keganasan domestik) bermula setelah pergaduhan secara verbal. Selalu cuba untuk “menyejukkan” keadaan atau cuba untuk keluar dari rumah sebelum terlambat.

Umum:

• Jika anda melihat dan sedar wujudnya masalah, ubah haluan anda dan- bersedia untuk lari bagi mempertahankan diri.
• Jangan pakai barang kemas yang terlalu menonjol semasa anda berjalan sendirian.
• Jangan sesuka hati menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali, sebaliknya gunakan bas atau teksi.
• Jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran-tonjolkan keyakinan!
• Kebanyakan “pegaduhan” akan menang sebelum mereka sempat memulakannya, penyerang akan mengalah jika anda kekalkan eye contact dan tidak diugut oleh mereka.

Kenderaan awam:
• Ingat, keselamatan mesti diutamakan. Tunggu di dalam kedai kopi atau tempat yang terbuka sementara menunggu pengangkutan awam sampai.
• Jangan memilih untuk duduk di bahagian tingkap kerana anda mungkin “dihalang” oleh seseorang yang berpotensi menjadi penyerang; selalu pilih tempat duduk dibahagian tepi laluan supaya anda dapat keluar dengan cepat.
• Selepas waktu puncak, selalu pilih bahagian tren yang membawa lebih ramai orang atau bahagian yang betul-betul dibelakang pemandu tren.
• Di dalam bas, duduk di belakang pemandu bas atau di sebelah supaya anda dapat keluar dengan cepat.


Kenderaan bermotor:

• Keadaan bahaya adalah sewaktu anda keluar dari kereta sama ada di rumah atau di tempat asing, dan juga ketika melangkah ke kenderaan.
• Ketika mendekati kenderaan, pastikan anda suda bersedia dengan kunci kereta.
• Tingkap kereta mesti selalu dinaikkan dan kunci pintu walaupun ketika memandu bagi memastikan penumpang yang tidak diundang menceroboh. (Sila ambil perhatian yang pentengkaran yang akan berlaku semasa pencerobohan pantas itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan)
• Selalu periksa kereta anda sebelum masuk.
• Jangan tinggalkan kereta anda tidak berkunci, walaupun untuk beberapa minit semasa anda hendak memulangkan barang , membeli susu atau apa sahaja. Penyerang sememangnya sentiasa menunggu peluang-peluang sebegini.
• Jangan sesekali masuk ke dalam kereta walaupun jika ada seseorang sedang mengacukan pisau atau pistol ke arah anda dari dalam. Larikan diri jauh dari kereta dan dalam masa yang sama menjerit. Pada ketika itu, mungkin dia akan memandu pergi untuk mencari mangsa yang lebih mudah daripada menyerang atau membunuh anda. Tetapi jika anda masuk ke dalam kereta, dia mempunyai peluang yang lebih besar untuk membawa anda ke tempat yang sunyi dan mula untuk mendera anda dan kemudiannya mungkin akan membunuh anda.
• Jangan memberhentikan kereta di jalan yang sunyi walaupun pada waktu itu ada seseorang yang memandu di sebelah anda mengunjuk pada tayar kereta atau sebagainya. Terus sambung memandu ke kawasan yang terbuka dan sibuk sebelum keluar dari kereta. Masalah itu mungkin hanya sekadar taktik tipu daya dan pemandu itu mahu anda berhenti di tepi jalan untuk “membantu” anda tanpa sebab.
• Always be alert in parking lots, specially when it’s dark. If you are afraid, don’t be too shy to ask someone to escort you to your car. Between cars and inside cars, it’s easy for someone to hide and wait until an unalert person comes along.
• Selalu peka di lot meletak kenderaan, terutama sekali ketika tempat itu gelap. Jika anda takut, jangan malu-malu untuk mengajak seseorang menemani anda sehingga ke kenderaan. Penjenayah senang bersembunyi di antara kenderaan-kenderaan dan di dalam kenderaan dan tunggu sehingga orang yang tidak peka datang.

Teksi:

• Selalu periksa pengenalan diri pemandu (selalunya dilekatkan dekat dengan visor) dan pastikan ianya sama dengan wajah pemandu.
• Berhati-hati dengan kereta yang menggunakan kawalan kunci berpusat.
• Jangan duduk di tempat duduk belakang pemandu, ia mungkin memudahkan pemandu mengunci pintu penumpang di belakang-selalu duduk ditempat duduk belakang yang akan menyukarkan pemandu untuk mengunci pintu.
• Selalu buat panggilan teksi supaya pemandu mudah dikesan.
• Elakkan memanggil teksi dari jalan raya.

Pejalan kaki/orang yang sedang berjoging:

• Jika anda mempunyai masalah kereta dan terpaksa berjalan untuk mendapatkan pertolongan, selalu berjalan bertentangan jalan raya jadi anda boleh lihat apa yang datang.
• Jika diekori oleh sebuah kereta, lari semula ke arah daripada mana anda datang. Jika anda terus berjalan di laluan yang sama, itu akan memudahkan anda untuk terus diekori.
• Hati-hati dengan orang lain yang lalu lalang.
• Jangan gunakan “walkman” ketika anda berjalan di kawasan yang tesembunyi pada bila-bila masa.
• Kerap kali tukar laluan anda.
• Tandakan rumah di hentian pada setiap laluan yang anda ambil, yang mana boleh digunakan sebagai “rumah selamat” apabila berlaku serangan contohnya kedai-kedai atau rumah-rumah yang didiami oleh kawan atau kenalan. Cuba untuk mengingati rumah-rumah ini setiap kali anda mengubah laluan.
• Sentiasa peka setiap masa.
• Jangan menyangka yang kawasan anda “selamat” selama ini, akan terus selamat selamanya.

Pondok Telefon Awam:


• Semasa anda membuat panggilan daripada pondok telefon, selepas mendail nombor, selalu-selalulah memandang sekeliling, jadi anda tahu apa yang berlaku dibelakang anda dan melihat apa sahaja yang datang. Anda boleh beritahu orang yang anda sedang hubungi di telefon yang anda mungkin di dalam masalah dan mungkin boleh gunakan ganggang telefon sebagai senjata. Pintu pada pondok telefon boleh digunakan untuk menghimpit badan penyerang.

Pakaian:

• Fikir tentang apa yang anda pakai-di mana ianya akan dipakai? Adakah anda akan keluar selepas waktu kerja? Tanam tabiat meninggalkan pakaian dan kasut yang membataskan pergerakan untuk ke majlis-majlis yang mungkin akan mendedahkan anda kepada bahaya, seperti berada di tempat yang ramai orang, di ambil selepas waktu kerja atau ketika keluar.
• Pilih pakaian yang boleh memaksimakan pergerakan anda. Teknik mempertahankan diri terbaik tidak akan membantu anda sekiranya anda tidak boleh lari kerana memakai skirt ketat atau kasut bertali dan kasut tumit tinggi. Dalam situasi ini, anda perlu melumpuhkan penyerang dan memastikan yang anda tidak diekori kecuali ada sesuatu yang membolehkan anda melarikan diri dengan cepat contohnya kenderaan bermotor. Jika anda terlalu fokus untuk melumpuhkan penyerang, anda mungkin tidak sedar ancaman-ancaman lain terhadap diri anda sendiri.


P/S:Tips ini hanyalah usaha kecil yg dpt kita praktikkan tapi harus diingat Allah sahaja tempat kita bertawakkal dan bergantung saat mengalami kecelakaan dan musibah..Amalkan doa dan zikrullah sbg pelindung diri,tiada siapa yg boleh menolong di saat kita berseorangan mengalami masalah kecuali ALLAH...ALLAH is THE BEST..ALLAHUAKBAR!!!
Baca Selengkapnya..

20 AMALAN MURAH REZEKI




Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sumber: Majalah ANIS


NOTA ARTIKEL:

Al-Wahhab; Dialah Allah yang Maha Memberi dan Dia memberikan rezeki kepada semua makhlukNya, tidak kira yang beriman kepadaNya ataupun tidak. Al-Fattah; Dialah Tuhan yang membukakan pintu-pintu rezeki buat sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dan Dialah Al-‘Adil, Al-Hakim dan Al-‘Alim; Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Diberikan rezeki kepada sekalian makhlukNya secara adil dan bijaksana, dan Dia Maha Mengetahui terhadap apa sahaja yang diberikanNya itu.

Allah SWT berfirman:

وَما مِن دابَّةٍ فِى الأَرضِ إِلّا عَلَى اللَّهِ رِزقُها وَيَعلَمُ مُستَقَرَّها وَمُستَودَعَها ۚ كُلٌّ فى كِتٰبٍ مُبينٍ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

(Hud: 6)



Allah memberikan rezeki kepada semua manusia, yang beriman kepadaNya mahupun yang tidak:

وَإِذ قالَ إِبرٰهۦمُ رَبِّ اجعَل هٰذا بَلَدًا ءامِنًا وَارزُق أَهلَهُ مِنَ الثَّمَرٰتِ مَن ءامَنَ مِنهُم بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ ۖ قالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَليلًا ثُمَّ أَضطَرُّهُ إِلىٰ عَذابِ النّارِ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

(Al-Baqarah: 126 & 212)



Beribadah, beramal, berikhtiar dan mengingati Allah dapat membuka pintu-pintu rezeki:

فى بُيوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرفَعَ وَيُذكَرَ فيهَا اسمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فيها بِالغُدُوِّ وَالءاصالِ

(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

رِجالٌ لا تُلهيهِم تِجٰرَةٌ وَلا بَيعٌ عَن ذِكرِ اللَّهِ وَإِقامِ الصَّلوٰةِ وَإيتاءِ الزَّكوٰةِ ۙ يَخافونَ يَومًا تَتَقَلَّبُ فيهِ القُلوبُ وَالأَبصٰر

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

لِيَجزِيَهُمُ اللَّهُ أَحسَنَ ما عَمِلوا وَيَزيدَهُم مِن فَضلِهِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِساب

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

(An-Nur: 36-38)

قُل إِنَّ رَبّى يَبسُطُ الرِّزقَ لِمَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ وَيَقدِرُ لَهُ ۚ وَما أَنفَقتُم مِن شَيءٍ فَهُوَ يُخلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki"

(Saba: 39)

فَإِذا قُضِيَتِ الصَّلوٰةُ فَانتَشِروا فِى الأَرضِ وَابتَغوا مِن فَضلِ اللَّهِ وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(Al-Jumu’ah: 10)

وَأمُر أَهلَكَ بِالصَّلوٰةِ وَاصطَبِر عَلَيها ۖ لا نَسـَٔلُكَ رِزقًا ۖ نَحنُ نَرزُقُكَ ۗ وَالعٰقِبَةُ لِلتَّقوىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Toha: 132)



Namun ketahuilah, sebaik-baik pemberian buat hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh itu adalah Syurga:

رَسولًا يَتلوا عَلَيكُم ءايٰتِ اللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ لِيُخرِجَ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۚ وَمَن يُؤمِن بِاللَّهِ وَيَعمَل صٰلِحًا يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ قَد أَحسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزقًا

(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

(At-Talaq: 11)

Wallahu’alam…


sumber:http://cheahmad.blogspot.com/2009/10/20-amalan-murah-rezeki-artikel-pilihan.html Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates