
Assalamualaikum w.b.t..
Sedar tidak sedar,hampir 4 bulan berada di Kuala Lumpur dan Jumaat ini
genaplah 3 bulan bekerja di Lembaga Peperiksaan,Putrajaya.Banyak pengalaman beharga sepanjang bergelar perantau di Kota Bandaraya ini.Jujurnya,saya amat suka merantau daripada menetap terlalu lama di sebuah tempat.Mungkin itu kerana darah muda yang inginkan satu pembaharuan dan kelainan daripada satu yang biasa.Namun,kadang-kadang sayu juga apabila jauh daripada ibu bapa tercinta.Ya,memang sudah menjadi fitrah,manusia akan senang dan bahagia bersama orang yang dicintai dan disayangi tapi mujurlah saudara mara di sini begitu mengambil berat dan sahabat juga banyak membantu membina jati diri yang kadang-kadang meluntur ditelan arus persekitaran.
Bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan swasta memang jauh berbeza.Sangat jauh.Ya,semuanya kerana pengalaman.Hanya orang tertentu sahaja yang tahu,hihi...
Di awal masuk ke dunia kerjaya,terasa hakikat cabaran yang harus dihadapi.
Disiplin,komited,konsisten dan rajin adalah ciri-ciri staf yg diinginkan oleh
sebuah jabatan,kebanyakan di jabatan swasta dan bukan kerajaan.Kebanyakan orang mengatakan,amatlah rugi sekiranya ciri2 di atas berada di dalam jabatan kerajaan kerana sememangnya potensi diri kita kadang2 tidak mampu untuk berkembang dan digunakan sepenuhnya.Kerana Apa?Kerana terlau Relax!Saya mengatakan dalam skop kerja bahagian pentadbiran dan pengurusan.Ye,memang ada ketika kita akan sibuk pada satu masa dan ada ketika kita akan relax serelaxnye,namun tidak pada swasta.Tiada waktu relax,yang ada hanyalah target.
Dunia kerjaya mampu mengubah sempadan pemikiran dan cara hidup kita.Bekerja dengan pelbagai sifat manusia yg bervariasi tidak kira pihak atasan hingalah ke peringkat bawahan bertindak menjadi pengajar yg baik untuk kita hidup dalam komuniti masyarakat.Manusia yg sudah memiliki identiti diri dan jati diri menjadi satu bonus untuk bersosial dgn kominiti sebegini.Tiada rasa takut dan talam dua muka,yang ada hanyalah menjadi dirinya sendiri.Namun ini hanya dunia kerjaya di waktu masih single,bagaimana pula selepas bersuami dan memiliki anak2 ye,it would be totally different and now i must be prepared.^^
Tiba-tiba ada satu perasaan sedih apabila bakal menamatkan kontrak berkhidmat pada hari jumaat ini,huhu.Semunya kerana sayang meninggalkan kawan-kawan sepejabat yg sering berkongsi rasa dan makanan terutamanya,hihi.Kawan2 memang rajin membawa bekal utk breakfast n lunch dan saya pun terikut-ikut akn tabiat yg bagus itu.hehe,mujur yg bagus.Alhamdulillah,jimat duit belanja.Yelah,makanan kat sini semua mahal-mahal.Walau macammana pun,perancangan yang dibuat harus ditepati walau hati berat untuk meninggalkan Lembaga,eh Lembaga Peperiksaan.Di sini,baru saya tahu bagaimana pengurusan dan semakan kertas jawapan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STAM.Siapa yang buat dan bagaimana sistemnya.Semuanya tersusun dan penuh dengan ketelitian kerana melibatkan keputusan pelajar Semalaysia.
Bulan depan,InshaAllah akan pulang ke Langkawi untuk menghabiskan saat-saat indah bersama kedua ibu bapa sebelum berangkat kembali ke sini untuk menyambung Master dalam bidang Sains di Universiti Putra Malaysia.20 Febuari bermulalah kehidupanku menjadi seorang Researcher,InshaAllah.Hati berdebar-debar mahu membuka kembali helaian buku akademik yg hampir 6 bulan ditinggalkan.huhu,takutnyee.Hope it will be going smoothly.Ameen.Sahabat2 yg terbaca entry kali ini,tolong doakan yg terbaik ye.Hope Everything is gonna be okay,ALLAH is always here,right?^^
p/s:Entry ini ditulis di pejabat sbb dah xda kerja.Gunakan masa sebaiknye ^^ ~~~
........................................Wassalam.......................................








3 comments:
^^^^^^^^^
salam yuni, sdih nk tinggalkn lembaga??
hehe..hati terasa sayu, byk kenangan kt cni, kngn indah, kngn kurang indah..smue b'campur m'jd satu (^^)..
tp, ap yg pasti, perjalanan perlu d'teruskan tuk sesuatu yg mungkin lebih baik..tq 4 everything..tuk segala pengorbanan, nsihat, tunjuk ajar n p'kongsian rasa..mohon maaf juga untuk segala-galanya..
~ ukhuwah till the end, luv u without reason ~
p/s : org sebelah..heehee
W.salam..tak sedih ke kak mira?
hehe,indahnye kenangan kite di lembaga..
terima kasih kak mira n minta maaf utk segalanya..i luv u ^^
moga Allah bagi kemudahan buat yuni.insyaAllah..:)
Post a Comment