Monday, June 22, 2009
Tentera Allah Yang Paling Kecil
Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”
Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”
Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”
Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.
Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”
Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......
p/s: Jangan mudah menyangka yang kecil itu lemah tidak kira binatang atau manusia..^_^ Baca Selengkapnya..
Wednesday, June 17, 2009
Ku damba redhamu..
Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi
Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan
Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua
Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya.
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....
Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan
sumber:http://liriknasyid.com Baca Selengkapnya..
bicara hati seorang anak untuk kedua ibu bapanya..
engkau terlalu bererti bagiku,kau hanya satu,
tiada dua dan tiga di dunia ini.
sungguh besar pengorbananmu..
di kala aku kesunyian,kau menjadi penghiburku,
di kala aku berduka,kau yang mengubat hatiku,
di kala aku berputus asa,kau cuba memberi semangat kepadaku,
di kala aku tertekan,kau setia mendengar luahanku,
walaupun aku banyak mengguris hati kecilmu,
namun kau tetap memaafkan kesalahanku dan terus mendoakan yang terbaik untukku,
walaupum aku tahu aku ini bukanlah anak yang sempurna di matamu,
aku cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang solehah,berilmu,kuat semangat dan cemerlang dunia akhirat..
Kasih sayangmu begitu terkesan di dalam jiwa kerdil ini,
aku tidak dapat bayangkan macam mana suatu hari nanti kau telah pergi meninggalkanku tanpa pesan,
redhamu begitu penting bagiku untuk menggapai redha Ilahi,
aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH menempatkanmu di syurga kerana aku tahu aku tidak terdaya membalas segala jasamu yang tidak terhitung itu,
kaulah sumber inspirasiku..
terima kasih mama n abah..
ucapan: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-23 to mama n abah..we luv both of you ^_^ Baca Selengkapnya..
Friday, June 12, 2009
Jenis-jenis air mata
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." Baca Selengkapnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)