Monday, September 13, 2010

~ Refresh Blog ~





Bismillahirrahmanirrahim..

Tergerak di hati hari ini menjenguk blog sendiri setelah sekian lama membiarkan teratak ini kelam dan kusam..Kalau blog ini adalah sebuah rumah,pasti labah-labah sudah selesa dengan kediaman sawangnya kan..Apapun,sebenarnya saya mahu mengulas sedikit berita yang didengar sebentar tadi dan sememangnya kita sekarang ini dihebohkan dengan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 rakannya.Ssemoga orang yang berkomplot merancang pembunuhan ini dikenakan tindakan yang seadil-adilnya.

Hmmm,terasa Malaysia ini sudah tidak selamat untuk didiami kerana terlalu banyak kes jenayah yang berlaku dan antaranya seperti rompak,samun,rogol,bunuh,buang anak,dera anak isteri dan banyak lagi..Pelbagai andaian dibuat untuk memastikan motif setiap kes..Namun,bagi saya tiada yang lain puncanya melainkan akhlak yang menjadi punca..Entah mengapa,tapi apapun sikap,habit dan cara hidup semasa bermuamalat dengan orang ramai sebenarnya amat berkait rapat dengan cara atau hubungan kita dengan Pencipta kita,Allah..

Walau sehebat mana,sekaya mana,berpangkat mana,secantik mana,sebijak mana,segangster mana dan macam-macam mana lagi,jika kita..tuan punya badan ini sendiri tidak menjaga hubungan Ruhiyyah atau spiritual kita dengan Allah,maka di mana sebenarnya kita di hadapan Allah..adakah Allah memandang dan menegur kita atau hanya memandang sahaja membiarkan kita penuh dengan noda dan dosa??

Ya..memang manusia itu mudah lupa dan lalai namun di mana silapnya jika kita hanya membiarkan diri kita lalai dan terus lalai.. Nauzubillah,Allah itu sebaik-baik pelindung..Dia melindungi hati kita dan mengawal hati ini..Mintalah doa dengan bersungguh2 di hadapan Nya kerna Dia adalah sebaik2 Pendengar..

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)


Saya sertakan salah satu ayat pelindung diri untk kita sama-sama amalkan..InshaAllah..




Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :

"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

Petua Beramal:

Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

"...hanya padaMu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya padaMu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN" (Al-Fatihah, ayat 5) Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates