Friday, January 30, 2009

TANGGUNGJAWAB SIAPA ???

Kali ini,dunia kita digemparkan lagi dengan “serangan” Israel ke atas Palestin.Serangan ini boleh diistilahkan sebagai‘pembunuhan” yakni serangan Israel secara besar-besaran ke atas orang awam Palestin ,bukan ke atas pejuang-pejuang Hamas.Buktinya,suasana duka mewarnai keluarga Amna Hajaj setelah rudal Israel menghentam rumah mereka. Amna bersama dua anaknya maut akibat insiden tragis ini. Menurut keluarga korban yang selamat, saat kejadian mereka tengah berkumpul bersama di halaman belakang rumah sambil minum teh dan menyantap jagung.Sudah terang lagi bersuluh Israel menggunakan alasan mengada-ngada bagi melancarkan serangannya.Antaranya mereka mahukan tentera-tentera gagah mereka yang diculik oleh pejuang Hamas segera dibebaskan,padahal pejuang Palestin melakukan begitu sebagai reaksi atau tindak balas terhadap tindakan sewenang-wenangnya tentera Israel ke atas tanah nenek moyang mereka.Bayangkan penderitaan mereka dijajah di negara sendiri selama 60 tahun.Di mana letaknya kewarasan akal dan kemanusiaan mereka sehingga seoarang kanak-kanak menjadi mangsa korban pertama setibanya tentera Israel memasuki wilayah Tebing Gaza pada 5 Januari baru-baru ini ???Bagaimana penjajahan ini boleh berlaku? Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestine diikuti rancangan menakluki Palestine. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat seperti AS dan Moscow itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore. Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestine kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak’. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuanAmerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestine, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.Jadi,selaku anda yang berjiwa penyayang dan penuh belas kasihan,di manakah tanggungjawab anda dalam memerangi serangan Israel ini?Dapatkah anda pergi ke sana berperang bersama tentera Palestine atau sekurang-kurangnya memboikot barangan Israel dan sekutunya yakni Amerika Syarikat di sini?Terpulanglah samada hendak bertindak atau hanya sekadar mengecam serangan itu dengan menggunakan lidah anda semata - mata.Ambillah masa lima minit untuk mendalami penderitaan rakyat Palestin .Bayangkan mereka itu adalah diri anda,keluarga dan sahabat handai anda sendiri.Hari ini di Malaysia, ibu bapa kita ceria dalam menguruskan anak-anak mereka mendaftarkan diri pada hari pertama persekolahan sedangkan di Palestin pula ibubapa mereka sedang meratapi dan sibuk menguruskan jenazah anak-anak mereka yang baru ditembak oleh tentera kejam Zionis.Bersyukurlah kerana peristiwa hitam di sana tidak berlaku di bumi kelahiran kita tetapi AWAS,kemungkinan Rejim Zionis itu akan cuba merancang untuk menjajah negara kita pula suatu hari nanti.Bangkitlah mahasiswa mahasiswi Universiti,adakah anda merasa begitu bcukup dengan kehadiran lengkap anda ke dewan kuliah dan dengan belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan PNG yang bagus di sini?Kalau ya,memang anda seperti tidak ubah budak Darjah Satu yang baru mendaftarkan diri di sekolah.Seolah-olah tiada kesedaran dalam memikirkan sesuatu isu seperti isu Israel dan Palestin atau lain-lain.Ayuh kita bersatu berganding bahu dalam menghulurkan derma dan memboikot barangan Israel serta Amerika Syarikat jikalau benar anda seorang Mahasiswa Universiti Sains Malaysia.Jangan takut kawan-kawan!Kebenaran tetap kebenaran.Keadilan harus diperjuangkan demi keamanan dan kebebasan penduduk Palestin.Laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang insan mulia.Salam perpaduan.













Ditulis pada 9 Januari 2009. Baca Selengkapnya..

Wednesday, January 28, 2009

Menanti Di Alam Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali, Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti, Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang, Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan. Kini Aku Merasakan. Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata Baca Selengkapnya..

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. Baca Selengkapnya..

Hikmat Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia. Baca Selengkapnya..

Manusia Hari Ini

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Org beribadah disangka riak
Org yg relax disangka malas
Org yg pakai baju baru disangka menunjuk
Org yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Org makan banyak disangka pelahap
Org makan sikit disangka diet
Org baik disangka buruk
Org buruk disangka baik
Org senyum disangka mengejek
Org masam disangka merajuk
Org bermuzakarah disangka mengumpat
Org diam disangka menyendiri
Org menawan disangka pakai susuk
Org nampak ceria disangka membela

mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepadaAllah
mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yg boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya :)

wallahu'alam.
Wassalam. Baca Selengkapnya..

Seriuslah dengan ALLAH

Pernah Sayyidina Umar bin Khattab r.a. ketika berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah S.W.T sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar ditubuhnya.

Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayyidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah s.a.w. pun bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar?”

“Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini,” jawab Sayyidina Umar.

“Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagian di akhirat sedang mereka memilih dunia.” Itulah jawapan seorang hamba Tuhan. Luluhlah hati Sayyidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah s.a.w. itu.

Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukannya yang tinggi sekalipun Rasulullah s.a.w. tetap merasakan kehambaannya. Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.


Serius memperhambakan diri kepada Allah melahirkan rasa cinta terhadap Allah subhanahu wa ta'ala.

Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha. Bagaimana sikap orang yang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apa pun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalaupun berjaya dalam satu kerja, dirasakan belum hasil kerjanya, tapi milik Tuhan.

Di dalam diri sudah tertanam rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu; sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan ini sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.

Ikhwah fillah,

Insafilah bahawa Tuhan sangat menyukai hamba-hambanya yang serius denganNya. Serius maknanya sentiasa berusaha untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Segala apa yang kita buat sentiasa dihubungkait dengan Tuhan. Suka atau tidaknya Tuhan terhadap apa yang kita lakukan menjadi persoalan yang sentiasa ada dalam fikiran dan hati kita.

Hadirkanlah Tuhan, bagi mengiringi kerja-kerja yang kita lakukan, baik kerja-kerja lahir mahupun yang batin. Agar kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap tindakan kita. Apabila kita serius denganNya, maka Tuhan akan memberikan perhatianNya. Betapa besar kasih sayang Tuhan kepada hambaNya, pamerhatianNya itu adalah lambang kasih sayangNya pada hambaNya.

Rasa serius dengan Tuhan adalah satu anugerah yang Tuhan beri pada seseorang. Sebab tidak semua orang dapat memilikinya. Ada sesetengah orang memang tidak diberi. Buktinya hari ini, masih ramai lagi manusia yang tidak pernah sedikit pun ambil kira tentang Tuhan. Lantaran itu, bantuan Allah S.W.T tidak datang kepada kita…

Maka banyaklah kes yang berlaku hari ini, sesuatu yang tidak patut berlaku. Misalnya murid-murid yang sepatutnya segan dan hormat terhadap guru, tapi kini sudah berani mengugut gurunya, membakar sekolah. Bapa merogol anak sendiri, anak-anak membunuh ibu bapa. Sangat mengerikan dan menakutkan. Ini sebenarnya satu masalah besar yang tidak boleh dibiarkan.

Puncanya, kerana manusia hari ini sudah melupakan Tuhan. Hati manusia tidak lagi dicorak oleh kecintaan dan takut pada Tuhan, tapi dicorak oleh kepentingan nafsu dan kepentingan duniawi. Kerana itu, perlu disuburkan rasa bertuhan iaitu melahirkan kembali rasa cinta dan takut kita pada Tuhan. Usaha-usaha ke arah itu, sudah menjadi wajib, kerana rasa-rasa inilah yang akan mencorak peribadi kita. Baca Selengkapnya..

KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?

Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.
Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."
Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi? Baca Selengkapnya..

Lawaknye...

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Berceritak di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"



Semoga mndapat pengajaran drp pembacaan artikel ini,Insya-ALLAH. Baca Selengkapnya..

Sahabat2 seperjuangan...

khas buat sahabat2 dan adik2 seperjuangan,
dapat drp ketua usrah yang disayangi...


sahabat2 dan adik2 seperjuangan....
lihatlah nun di sana
islammu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru
kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahid dan mujahidah yang sejati

sahabat2 dan adik2 seperjuangan...
khidmatmu dinanti
ummah derita engkaulah pengubatnya
budi pekertimu penawar sengsara
penyeri islam dan tamannya
yang bakal menggoncang dunia
namun ingat wahai sahabat2 dan adik2 seperjuangan...
ilmu perlu dicari
sebagai bekalan dalam perjuangan nanti
pembimbing diri daripada taghut dibenci
tuntutlah seikhlas hati

teguhkan iman taqwamu di hati
taqarrubillah takhta peribadi
amalmu menjadi bukti
sabarmu dikagumi pasrah pada ilahi
redha menghadapi mehnah rabbul 'izzati
usah ditangisi takdir yang sudah pasti
pengorbananmu kan disanjungi
berbekalkan iman, taqwa, sabar dan redha
berilmu, beramal, berkhidmat dan berjuang
berkorban agar islam kan gemilang
bersama mujahid dan mujahidah islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
engkaulah mujahid dan mujahidah sejati.... Baca Selengkapnya..

ALLAH..YA RABBANA..

>Tuhan adalah:
>
>Yang kepadanya kita merasa takut lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita merasa cinta lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita merasa yakin lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita merasa bergantung lebih daripada yang lain
>
>
>
>Yang kepadanya kita mengenal lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita mengingat lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita mangabdi lebih daripada yang lain
>
>Yang kepadanya kita mengharap lebih daripada yang lain
>
>
>
>Yang kepadanya kita arahkan pembicaraan2 utama kita
>
>Yang kepadanya kita tujukan amal2 perbuatan utama kita
>
>Yang kepadanya kita korbankan kesenangan2 utama kita
>
>Yang kepadanya kita gantungkan keinginan2 utama kita
>
>
>
>Yang kepadanya kita berusaha agar kita selalu bersamanya
>
>Yang kepadanya kita berjuang agar kita selalu di dekatnya
>
>Yang kepadanya kita berhasrat agar kita selalu dengannya
>
>Yang kepadanya kita berbuat hingga hati dan fikir kita dipenuhinya
>
>
>
>Tuhan kita adalah dia yang paling banyak kita bincangkan dalam hidup kita
>
>Tuhan kita adalah dia yang paling banyak kita bicarakan dalam majelis2 kita
>
>Tuhan kita adalah dia yang paling banyak kita sebut kapan saja dan dimana saja
>
>Tuhan kita adalah dia yang paling banyak kita ucapkan sesaat sebelum mati Baca Selengkapnya..

Membetulkan Niat Dalam Menuntut Ilmu

عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ.

Maksudnya: Daripada Ka’b bin Malik R.A., katanya: Aku mendengar RasululLah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orangramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka."


Sabda Nabi SAW:


عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Maksudnya: Daripada Ka’b bin Malik R.A., katanya: Aku mendengar RasululLah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orangramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." *1

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kapadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. Demikian tugasan dan tanggungjawab talib al-`lm (طالب العلم) dan ulama (أهل العلم). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insan muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikkan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.

Pertama: لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ iaitu untuk bersaing dengan ulama.

Kata al-Imam Ibn Athir ابن الأثير (wafat 606H): “Maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riyak dan sum`ah سمعة (inginkan kemasyhuran)” . *2

Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah suatu kesalahan. Apatah lagi lagi jika seseorang itu benar-benar berkemampuan. Islam menggalak kebangkitan ilmu dan generasi intektual yang baru. Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakaburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.

Kesannya niat sangat buru sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementing dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redhai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka. Kata al-Imam al-Tibi الطيبي (wafat 743H): “Maksud hadith ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama: “Aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takabur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya” . *3

Kedua: لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ untuk bertengkar dengan orang jahil.

Kata Imam al-Munawi المناوي (meninggal 1031H): “Maksudnya ialah untuk dia berhujah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri” . *4

Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunujukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang yang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.

Sebenarnya berbahas, atau berhujah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah . Firman Allah dalam Surah al-Nahl ayat 125:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk."

Kata al-Tibi: “maksud: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya ." *5

Ketiga يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya.

Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari populariti atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.

Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.

Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi S.A.W. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka. Dalam hadith yang lain baginda menyebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah; Sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat." *6

Pengajaran Semasa

1. Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini di semua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersih dan mencari redha Allah S.W.T. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.

2. Kemunculan individu dan NGO tertentu yang cuba menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.

3. Kelahiran tokoh-tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka memangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka meguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W.

4. Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia Barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi atau Kristian. Sikap tidak mementing ilmu dan ingin segera memiliki sijil segera dan memperolehi habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkannya kepada umat Islam. Sebab itu seorang tabi`I besar Muhammad bin Sirin سيرين (wafat 110H) menyebut:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai Al-Quran dan al-Sunnah) adalah din (agama). Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” *7

Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadith daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fekah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum-hakam syarak. Namun kepada hanya kepada Allah kita mengadu betapa anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. Mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun kepada umat Islam.

-------------

*1 - Riwayat al- Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn `Umar, al-Hakim daripada Jabir bin `Abdillah. Al-Hakim mensahihkannya dan setujui oleh al-Zahabi (lihat: Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut). Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.

*2 - Ibn al-Athir, Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa Al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut

*3 - Al-Tibi, Syarh al-Tibi `ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut.

*4 - al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, Mesir.

*5 - Al-Tibi, op.cit. 1/420.

*6 - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin (lihat: Ibn `Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

*7 - Riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya.
----------------------------
Oleh : Ustaz Mohd. Asri b. Zainul Abidin
DEWAN PENGAJIAN al-IMAM ibn QAYYIM al-jauziyah Baca Selengkapnya..

Surat drp syaitan untuk manusia yg lalai

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Qulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Maka aku kencingi telingamu hingga kau pekak dari dunia.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku
seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa. Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,
Jadilah sahabat karibku yang mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang sentiasa segar sejak akhir2 ini...cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku... aku tidak perlususah2 menggoda pun jarumku berkesan sekali... ...Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah Baca Selengkapnya..

Hanya ingin mengingatkan...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Baca Selengkapnya..

<>

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


==================================================
" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur'an: Al-Baqarah:120) Baca Selengkapnya..

Tuesday, January 27, 2009

Jadilah Seorang Pejuang Yang Menang

Setiap pejuang tentunya mengharapkan kejayaan. Tapi sayang ada pejuang-pejuang Islam yang tertipu dengan erti kemenangan. Kadang-kadang terjadi, mereka tertipu dengan wasilah atau alat perjuangan. Mereka menyangka mereka sudah mendapat kemenangan, sedangkan mereka baru berjaya mendapatkan alatnya sahaja. Mereka lupa kepada matlamat sebenar perjuangan.Contohnya ada yang menganggap pembangunan ekonomi adalah langkah asas dalam membangunkan Islam.

Kononnya dengan utuhnya ekonomi umat Islam maka utuhlah Islam itu sendiri. Malangnya, setelah berjaya dalam bidang ekonomi, yang terbangun dalam diri mereka hanyalah material, tapi Islam tidak juga terbangun. Syariat Islam tidak juga dapat ditegakkan, bukan saja dalam masyarakat bahkan dalam diri. Ada juga pejuang yang menganggap apabila sudah mendapat kuasa, mereka sudah menang. Mereka terlupa matlamat perjuangan yang sebenarnya. Walaupun dunia ini jatuh dalam genggaman mereka, tetapi jika masyarakatnya tidak dapat diubah kepada pengamalan Islam yang sempurna, maka sebenarnya mereka masih kalah.
Sejarah menceritakan para pengikut Thalut lupa pada perjuangan setelah terjumpa sungai. Walaupun dipesan-pesan oleh Thalut agar jangan berlengah-lengah di tebing sungai, namun ramai juga yang enggan meneruskan perjalanan dan ingin memulakan penghidupan baru di tebing sungai itu. Sebenarnya perkara ini berpunca daripada beberapa kesilapan para pejuang itu sendiri antaranya :


  1. Tugas sebenar seorang pejuang. Kurang memahami matlamat perjuangan.
  2. Tiadanya keikhlasan dalam perjuangan.
  3. Dalam hati mereka masih ada cinta dunia, ada tujuan-tujuan peribadi dalam perjuangan, ingin kedudukan, pengaruh dan sebagainya.

Bila ramai individu begini dalam perjuangan, perjuangan itu akan hanyut seperti hanyutnya pondok buruk dilanda air bah besar. Malanglah jika ini terjadi, di dunia terhina manakala di Akhirat terseksa. Seseorang pejuang itu mesti tahu bahawa dia mempunyai dua tugas. Pertamanya membaiki diri dan kedua membaiki masyarakat. Matlamat perjuangan Islam ialah menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Oleh itu perlu ditegakkan kalimah Allah dalam diri dahulu. Inilah perjuangan pertama yang perlu ditempuhnya. Peribadi pejuang adalah lambang kepada perjuangan.

Sikap dan perlakuannya merupakan lisanul hal yang menjadi contoh kepada orang-orang yang didakwahnya. Seorang pejuang yang mengajak orang kepada Islam tetapi dirinya sendiri tidak menggambarkan peribadi mukmin yang sejati, samalah seperti bapak ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Juga penting dalam perjuangan ialah bantuan Allah. Ia penentu kepada kejayaan itu sendiri. Syarat untuk mendapat anugerah rahmat dan pertolongan-Nya ialah taqwa sepertimana firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah penolong orang yang bertaqwa.” ( Al Jathiyah : 19 )

Untuk menjadi pejuang yang bertaqwa, seseorang itu perlu menempuh jalan yang rumit. Secara ringkasnya ada lapan syarat menuju taqwa:

1. Perlu ada kesedaran Islam. Berlapang dada menerima syariat Islam. Hasil daripada kesedaran itu, mendorongnya mencari ilmu untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

2. Memahami Islam itu sendiri. Kefahaman lahir daripada ilmu yang dicari tadi. Ilmu yang terbaik terhasil daripada gabungan teori dan pengalaman. Kefahaman dalam perjuangan adalah penting agar tidak tersilap langkah. Kefahaman boleh ditanam melalui pembacaan, menghadiri kelas-kelas pengajian dan juga pengalaman.

3. Yakin dengan apa yang telah difahami itu. Contohnya, setelah faham dan yakin hanya Islamlah agama yang benar sebagaiman firman-Nya:
“Agama yang benar disisi Allah ialah Islam.”

Maka berlandaskan keyakinan inilah muncul peribadi yang kental jiwanya, hatta nyawa pun sanggup dijadikan galang ganti untuk mempertahankan Islam yang dicintai. Hasil daripada keyakinanlah maka para sahabat sanggup berhabisan harta, menanggung penderitaan dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah pentingnya keyakinan dalam membina taqwa.

4. Sanggup melaksanakan apa yang diyakini itu. Jika kita yakin hanya Islam agama yang benar, yang boleh menyelesaikan segala persoalan hidup maka kita mesti sanggup untuk melaksanakan hukum-hakam Islam serta sanggup pula memperjuangkannya. Misalnya kita sudah yakin menutup aurat itu wajib, maka kita mesti sanggup menunaikannya. Kesanggupan ini tanda perubahan pada diri. Perubahan pada pengamalan adalah titik tolak menuju taqwa.

5. Mujahadatunnafsi. Namun inilah yang paling sukar ditempuhi, kerana nafsu ialah musuh manusia yang paling jahat. Ia tidak berbatang tubuh yang boleh dikeronyok sampai mati, sebaliknya ia ada dalam diri. Allah telah memberi amaran tentang tipuan nafsu yang jahat ini sepertimana firman-Nya yanng bermaksud :
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf : 53)

Nafsu umpama daki yang melekat di badan, namun menghilangkannya tidak semudah mencuci daki. Ia perlu digosok, dibersihkan dan disental setiap masa. Mujahadatunnafsi adalah jihad yang paling besar dan berterusan.

6. Istiqamah berauntuk diri.

Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :

  1. Mempelbagaikan amal walaupun sedikit.
  2. Mengekalkan amalan walaupun sedikit.
  3. Memilih amalan yang berterusan .

    Amalan yang istiqamah akan memberikan kesan umpama air yang dititiskan ke batu yang keras; sekeras-keras batu pun akan lekuk juga akhirnya. Maka amalan yang istiqamah akhirnya akan membuahkan iman dan akhlak serta akan menjadi benteng daripada godaan nafsu dan syaitan yang tidak pernah rehat.

    7. Ada jemaah

    8. Di samping semua syarat di atas, kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara dan memberi taufiq kepada kita.

    Seorang pejuang yang sudah berjaya mendapat taqwa, ertinya dia sudah mendapat kejayaan yang tidak ternilai. Taqwa adalah syarat utama untuk berjaya dalam membaiki masyarakat dan yang paling penting untuk mendapat kemenangan hakiki iaitu kemenangan di Akhirat sepertimana firman Allah yang bermaksud :
    “(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
    (Surah As Shoff : 11-12)
Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates