Tuesday, March 31, 2009
Ujub Merosakkan Ibadat
DIRIWAYATKAN dalam sebuah hadis : Terdapat tiga sifat diri manusia yang akan mencelakakannya, iaitu bakhil yang berterusan, hawa nafsu yang dipuaskan dan ujub kepada diri sendiri.
Ujub bermaksud mengkagumi kelebihan diri sendiri, mengagungkan amal ibadatnya dan merasakan ibadat yang dilakukannya itu adalah atas kesedaran dan usaha dirinya sendiri. Menurut para ulamak, ujub ialah anggapan hamba Allah, bahawa kemuliaan dan terlaksananya amalannya adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain daripada Allah, sama ada disebabkan oleh dirinya sendiri atau oleh orang lain atau kedua-duanya sekali. Sebagaimana riyak, ujub juga boleh menjejaskan pahala ibadat. Penyakit ujub juga mendindingi taufik, hidayah dan 'inayah Allah Taala. Dengan yang demikian, akibat yang akan berlaku ke atas diri orang yang berkenaan ialah "kecelakaan". Menurut ulamak, amalan orang yang berpenyakit ujub menjadi sia-sia kecuali apabila dia sempat bertaubat sebelum mati. Akibat ujub, amalan sesorang menjadi gugur, terkeluar daripada nama kebajikan dan tidak berhak mendapat pahala atau pujian daripada Allah Taala. Diriwayatkan, nabi 'Isa 'alaihil-salam pernah bersabda: "Hai sekalian para Hawariyyun.Pelita-pelita terpadam karena tiupan angin, manakala hamba-hamba Allah terbinasa karena ujub".
Lawan kepada ujub itu ialah dzikrul-minnah (mengingati segala nikmat kurniaan Allah), termasuk sentiasa mengingati bahawa amalan yang dikerjakan adalah disebabkan oleh taufik Allah Taala. Dan, hanya Allah Taala yang memuliakan amalan itu dan membesarkannya atau menilai dan menentukan kadar pahalanya.
Mengikut ulama lagi, dzikrul-minnah wajib dilakukan apabila timbulnya rasa ujub dan sunat dilakukan setiap detik. Jadi, zikrul-mannah itu merupakan ubat atau cara pencegahan penyakit ujub. Dalam konteks penyakit ujub, manusia terbahagi kepada tiga golongan:
ujub dalam setiap perlakuan / amalan;
kadang-kadang ujub dan kadang-kadang tidak;
bebas daripada penyakit ujub.
Dalam golongan yang pertama itu, termasuklah kaum Mu'tazilah dan Qadariah. Mereka langsung tidak mengaitkan perlakuan mereka atau amalan mereka dengan 'inayah dan taufiq daripada Allah Taala. Malah, mereka mengingkarinya. Bagi mereka, terlaksananya segala amalan mereka adalah atas kehendak dan usaha mereka sendiri. Ini merupakan akidah mereka,akidah yang ditolak oleh ahli al-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka yang termasuk dalam golongan yang kedua pula terdiri daripada orang-orang awam daripada golongan Ahli al-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka kadang-kadang ujub apabila mereka di dalam kelalaian yang menutup mata qalbu mereka. Tetapi, apabila sedar tentang dzikrul-minnah, mereka tidak ujub pula. Golongan yang ketiga itu sentiasa di dalam kesedaran dzikrul-minnah. Mereka ialah golongan yang lurus, tidak mengkagumi amalan mereka dan tidak membanggakan diri dengan amalan mereka. Mereka tidak pernah ujub sepanjang waktu. Selain penyakit ujub dan riak, menurut para ulama, sekurang-kurangnya lima penyakit lagi yang dikenalpasti merosakkan amal ibadat seseorang hamba Allah, iaitu:
nifaq (sifat orang munafiq);
membangkit-bangkitkan amalan (al-mann);
menyakiti hati orang yang menerima sedekah (al-adza);
menyesali perbuatan yang baik atau amal kebajikan;
melakukan amal ibdat tetapi didalam kedaan meringan-ringankannya dan tidak bersungguh-sungguh menepati waktu beribadat.
Untuk memelihara pahala atau matlamat amal ibadat, antara lain, kita hendaklah mengerjakannya dengan:
ikhlas beramal atau ikhlas menuntut pahala daripada amalan (lawan kepada nifaq dan riak);sentiasa mengingati kurniaan, taufik dan 'inayah Allah (dzikrul-minnah); menyerahkan amalan kepada Allah dan tidak membangkit-bangkitkan amalan (khusunya dalam amalan bersedekah); tidak menyakiti hati orang dengan mengungkit-ungkitkan kebajikan yang dilakukan (khususnya dalam amalan bersedekah, penerima sedekah tidak dihina, dicela atau dipandang rendah); benar, tulus hati dan sentiasa bersyukur atas nikmat taufik dan hidayah Allah; segera merebut peluang mengerjakan kebajikan (tidak melepaskan kesempatan yang ada untuk beribadah); Dengan keadaan-keadaan yang demikian, insya-Allah, amal ibadat kita tetap terlihara, dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar..
Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment