Thursday, July 30, 2009

Cinta Sejati Nabi Muhammad S.A.W


















SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai.

Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.

Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.

Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad.

Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.

Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.

Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut.

Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini.

Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam.

Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.

Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".

Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi.

Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"

merealisasikan impian

Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri.

Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.

Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@Munyaa untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira.

Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad; "Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"

Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".

"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.

Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"

Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.

Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"

"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.

Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira.

Nabi Muhammad kemudiannya menyerahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib bagi mengaturkan pertemuan dengan keluarga Siti Khadijah dan sama-sama merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan ini.

Wali perkahwinan

Amar bin Asad merupakan bapa saudara malah ada yang menyebut Amar bin Khuwailid, iaitu saudara lelaki Siti Khadijah menjadi wali perkahwinan berikutan si bapa, Khuwailid seperti disebut dari awal tadi terbunuh dalam peperangan Fujjar.

Begitupun, sebenarnya dikatakan berlaku tentangan daripada keluarga Siti Khadijah apabila janda kaya ini memilih Nabi Muhammad sebagai pasangan hidup.

Malah sesetengah riwayat mencatatkan, tentangan paling kuat datangnya daripada bapanya sendiri, Khuwailid.

Lantas bagi menjayakan perkahwinannya, Siti Khadijah dikatakan banyak memberi bapanya minum arak sehingga menyebabkan Khuwailid mabuk teruk dan tidak dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan Nabi Muhammad itu.

Akhirnya, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang tidak kurang meriah dan disambut oleh seluruh penduduk Mekah.

Baginda dikatakan membayar mas kahwin sebanyak 20 bakrah atau 400 ratus dinar tetapi ada yang menyebut Khadijah menerima 20 ekor unta yang masih muda daripada suaminya itu.

Episod perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah mungkin tidak akan berlangsung jika tidak berdasarkan alamat yang ditunjukkan oleh mimpi yang dialami oleh wanita itu.

Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.

"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.

"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.

"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.

Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.

"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.

Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muhammad.

Sumber: ~tiada~

Tajuk: Re: Ummul Mukminin Siti Khadijah Binti Khuwailid
Dikirim oleh: muaz on 02 Jun, 2009, 08:32:36 am
Ia adalah wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia. Tahun-tahun yang terus berganti tidak dapat mengikis kecintaan sang suami padanya. Panjangnya masa tidak dapat menghapus kenangan bersamanya di hati sang suami. Bahkan sang suami terus mengenangnya dan bertutur tentang andilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. Sang suami terus mencintainya dengan kecintaan yang mendatangkan rasa cemburu dari istri yang lain, yang dinikahi sepeninggalnya. (Mazin bin Abdul Karim Al Farih dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Suatu hari istri beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain (yakni ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) berkata, “Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti cemburuku pada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya, akan tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam selalu menyebutnya.” (HR. Bukhari)

Ya, dialah Khadijah bintu Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Uzza bin Qushai. Dialah wanita yang pertama kali dinikahi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bersamanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membina rumah tangga harmonis yang terbimbing dengan wahyu di Makkah. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menikah dengan wanita lain sehingga dia meninggal dunia.

Saat menikah, Khadijah radhiyallahu ‘anha berusia 40 tahun sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berusia 25 tahun. Saat itu ia merupakan wanita yang paling terpandang, cantik dan sekaligus kaya. Ia menikah dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tak lain karena mulianya sifat beliau, karena tingginya kecerdasan dan indahnya kejujuran beliau. Padahal saat itu sudah banyak para pemuka dan pemimpin kaum yang hendak menikahinya.

Ia adalah wanita terbaik sepanjang masa. Ia selalu memberi semangat dan keleluasaan pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mencari kebenaran. Ia sendiri yang menyiapkan bekal untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saat beliau menyendiri dan beribadah di gua Hira’. Seorang pun tidak akan lupa perkataannya yang masyhur yang menjadikan Nabi merasakan tenang setelah terguncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali yang pertama, “Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Karena sungguh engkau suka menyambung silaturahmi, menanggung kebutuhan orang yang lemah, menutup kebutuhan orang yang tidak punya, menjamu dan memuliakan tamu dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran.” (HR. Muttafaqun ‘alaih) (Mazin bin Abdul Karim Al Farih dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Pun, saat suaminya menerima wahyu yang kedua berisi perintah untuk mulai berjuang mendakwahkan agama Allah dan mengajak pada tauhid, ia adalah wanita pertama yang percaya bahwa suaminya adalah utusan Allah dan kemudian menyatakan keislamannya tanpa ragu-ragu dan bimbang sedikit pun juga.

Khadijah termasuk salah satu nikmat yang Allah anugerahkan pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia mendampingi beliau selama seperempat abad, menyayangi beliau di kala resah, melindungi beliau pada saat-saat yang kritis, menolong beliau dalam menyebarkan risalah, mendampingi beliau dalam menjalankan jihad yang berat, juga rela menyerahkan diri dan hartanya pada beliau. (Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury di dalam Sirah Nabawiyah)

Suatu kali ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah beliau menyebut-nyebut Khadijah, “Seakan-akan di dunia ini tidak ada wanita lain selain Khadijah?!” Maka beliau berkata kepada ‘Aisyah, “Khadijah itu begini dan begini.” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat Ahmad pada Musnad-nya disebutkan bahwa yang dimaksud dengan “begini dan begini” adalah sabda beliau, “Ia beriman kepadaku ketika semua orang kufur, ia membenarkan aku ketika semua orang mendustakanku, ia melapangkan aku dengan hartanya ketika semua orang mengharamkan (menghalangi) aku dan Allah memberiku rezeki berupa anak darinya.” (Mazin bin Abdul Karim Al Farih dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Karenanya saudariku muslimah, jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu maka sertailah dia dalam mencintai dan menegakkan agama Allah, sertailah dia dalam suka dan dukanya. Jadilah engkau seperti Khadijah hingga engkau kelak mendapatkan apa yang ia dapatkan. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Jibril mendatangi nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, inilah Khadijah yang datang sambil membawa bejana yang di dalamnya ada lauk atau makanan atau minuman. Jika dia datang, sampaikan salam kepadanya dari Rabb-nya, dan sampaikan kabar kepadanya tentang sebuah rumah di surga, yang di dalamnya tidak ada suara hiruk pikuk dan keletihan.”

Saudariku muslimah, maukah engkau menjadi Khadijah yang berikutnya?

Maraji:

1. Rumah Tangga tanpa Problema (terjemahan dari Al Usratu bilaa Masyaakil) karya Mazin bin Abdul Karim Al Farih
2. Sirah Nabawiyah (terj) karya Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury
3. Al Quran dan Terjemahnya

***
SUMBER: www.muslimah.or.id (http://www.muslimah.or.id) Baca Selengkapnya..

Saturday, July 18, 2009

LESTARI

Salam lestari untuk sumua rakyat Malaysia..

Hari ini,USM begitu giat menjalankan program2 yang bersifat lestari selari dengan tema Universiti dalam Taman samada pada peringkat Antarabangsa,pusat pengajian,persatuan dan desasiswa itu sendiri.Bumi ini begitu banyak mendapat manfaat jika samua mengamalkan konsep kelestarian dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita sedia maklum,bumi kini berada pada tahap yang kritikal dengan pencemaran2 yang menyumbang kpd pemanasan global,pencairan ais di kutub,green house gases dan penipisan lpsan ozon.Adakah kerna trlalu byk pncmaran di bumi ini,maka ia menyumbang kpd tersebarnya pelbagai penyakit yg berbahaya dan pelik?Hmm,jika hndak mnerangkan kesan dan punca pncemaran alam,rasanya sumua orang sudah tahu akannya..Betul kan?Bak kata pensyarah,it's a common sense!Semua org sibuk dgn lestari lbh2 lg di USM,sana lestari sini lestari tapi adakah kita tahu apa makna sebenar lestari itu sendiri?
Mengikut kata Dr lee,lestari adalah suatu benda yang 'sustain' iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa hadapan utk mencapai keperluan mereka itu sendiri.Dalam erti lain,bumi ini bukan utk kita warisi tapi sekadar pinjaman drp anak cucu kita nanti.Sanggupkah kita lihat anak2 kita meminum air dan menghirup udara yg sudah tercemar.Okey,dlm konteks kita yg msh lg remaja,dewasa atau pelajar khususnya,apa sumbangan kita utk alam yg Tuhan amanahkn kpd kita?sesuatu amlan brmula drp kesedaran dan kesedaran itu brmula drp kefahaman dan kefahaman itu brmula drp ilmu pengetahuan. ILMU - FAHAM - SEDAR - AMAL

Antara saranan aktivis2 alam kpd kita ialah:-Berikut adalah proses dan kesan jika anda melakukan saranaN di bawah:BACA-FIKIR-BAYANGKAN

1. bwa PAPER BAG or BEKAS MAKANAN sndiri utk shopping or beli mkanan - krg plastik-krg sampah di tapak pelupusan sampah-NO POLLUTION
2. jimat elektrik- krg jana tenaga- krg bahan api spt arang batu yg hendak diproses-jimat bahan mentah yang tidak boleh diguna smula.(bhn mntah smula jd)
3. krgkan penggunaan kertas- jimat pokok yg ditebang-kekalkan hutan
4. kumpul brg2 yg hndak dikitar smula- kurang WASTE-Save bhn mntah
5. Cuba mnghijaukan kawasan skeliling anda-tanam pokok or bunga-oksigen bertambah-No Global Warming and ice melting.
6. Kompos sisa2 mkanan or tahi kelawar,lembu dll jika ada- dpt jadikan BAJA ORGANIK-No baja KIMIA-alam dan hidupan selamat sejahtera

Harap anda blh mngamalkan saranan ini krna usaha anda yg KECIL itu dpt menyumbang kpd alam dan generasi akn datang.

Sbg maklumat:
Pihak Universti tlh mnawarkan Desasiswa Saujana mnjadi Desasiswa pertama yg mngamalkan konsep kelestarian dan keenam2 saranan di atas sedang giat dibuat baru2 ini dan akn ditruskan dan diprtngkatkan dari smasa ke smasa.InsyaALLAH.Sila layari blog Eco-Desa Saujana utk mgtahui dgn lbh lanjut: http://www.eco-desasaujana.blogspot.com Baca Selengkapnya..

Friday, July 17, 2009

Bangkai Yang Dihalalkan Syarak

Surah al-Maidah ayat 3

Sementara itu dibenarkan dalam perkara perburuan membunuh binatang dengan alat yang tajam yang boleh mengoyak kulit dan menembus jasadnya seta mengeluarkan darah. Apabila binatang perburuan itu mati sabit dengan alat perburuan itu maka ia dihalalkan oleh syarak. Bagaimanapun jika ia ditimpa sesuatu tidak disabit dengan alat perburuan tersebut maka ia tidak dibolehkan syarak. Ulama berbincang hangat berhubung dengan binatang perburuan yang mati dengan senjata senapang yang ada hari ini.

Adakah senjata itu termasuk alat perburuan yang tajam atau tidak. Ulama-ulama silam yang berpegang kepada senapang zaman dahulu sebagaimana yang dinyatakan Syed Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus Sunnah bahawa peluru di zaman itu dibuat dari tanah bukan dengan logam seperti besi, tembaga dan lain-lain.

Oleh itu binatang yang ditembak dengan senjata itu dimana pelurunya dibuat daripada tanah yang mematikan binatang itu dengan kekuatan merempuh bukan mengoyakkan kulit maka ia diharamkan. Adapun peluru yang digunakan sekarang yang menggunakan logam terdapat kekhilafan di kalangan ulama.

Ada ulama yang mengharamkannya, mengatakan dia sama dengan peluru di zaman dahulu dan ada ulama yang menghalalkannya. Yang dinamakan “al-Barud” (dalam bahasa Arab) iaitulah dengan menggunakan bahan letupan dan logam yang mempunyai kekuatan ketajaman yang boleh mengoyak kulit dan menembusi jasad. Ulama yang menghalalkannya termasuk Siddiq Hassan Khan, Syed sabiq Asy Syaukani, As-San’ani di dalam kitab mereka, al Imamul Nawawi di dalam Kitab al-Fatawa mengatakan bahawa dihalalkan binatang perburuan yang menggunakan senapang atau bahan letupan yang ada pada hari ini.

Dikecualikan binatang perburuan yang dimatikan oleh binatang yang digunakan untuk berburu seperti anjing, harimau bintang, helang dan seumpamanya. Kita akan memahami tafsir ayat akan datang menerangkan bagaimana binatang perburuan yang dimatikan oleh binatang yang dilepaskan untuk berburu secara lebih terperinci.

Sebagai contoh anjing yang dilepaskan untuk berburu, membunuh binatang buruan sehingga mati tanpa sempat disembelih dengan syarat ia adalah anjing yang diajar untuk berburu maka binatang buruan itu halal dimakan. Yang melakukannya tidak kira sama ada helang, harimau bintang dan lain-lain yang diajar untuk berburu di negeri Arab.

Dan dikecualikan juga binatang-binatang laut atau yang hidup di dalam air termasuk ikan dan lain-lain lagi berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa para sahabat pernah bermusafir di tepi laut dan berjumpa dengan seekor ikan besar yang naik ke darat dan mereka merasakan air laut masin sehingga menjadi serba salah kepada mereka untuk menentukan hukuman sama ada boleh berwudhu’ denagn air laut atau tidak dan bagaimana pula hukuman binatang laut yang mati itu.

Lalu mereka bertanya Rasulullah s.a.w berkenaan dengan air laut lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Airnya bersih dan halal bangkainya.”

Ertinya airnya boleh digunakan untuk berwudhu’ dan membersihkan najis, mandi dan lain-lain. Manakala bangkainya yang mati tanpa disembelih dihalalkan oleh syarak. Termasuk juga perkara tidak perlu disembelih ialah belalang.

Belalang ialah binatang yang dihalalkan oleh syarak. Belalang boleh dimakan sama ada untuk digoreng, digulai, dibuat sambal atau seumpamanya tanpa menyembelihnya berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh aisyah ra bahawa rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Dihalalkan kepada kami dua bangkai iaitulah ikan dan belalang. Dihalakan juga dua darah iaitu hati dan limpa.” Baca Selengkapnya..

Friday, July 10, 2009

Sahabat..cubalah mengerti..








Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti


p/s : salam kemaafaan daripada ana kepada sahabat2 yg dikasihi andai diri ini pernah mengecewakan antum sume..maaf byk2 ye ^_^

sumber: lirik nasyid.com
Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates