Wednesday, November 25, 2009

..Aidiladha..






Ada beberapa perkara penting yang mungkin kita dapat berkongsi bersama..

1. Korban adalah sunat yang dituntut atau sunat muakkadah. Oleh itu kewajaran orang yang ada kemampuan untuk memberikan korban walaupun satu bahagian (RM 350) untuk setiap tahun. Ada yang menghabiskan wang dengan bil telefon sebulan beratus-ratus tetapi berkira untuk melakukan korban walaupun satu bahagian.

2. Dari segi keutamaannya (aulawiyyat), sekiranya masih terdapat golongan miskin di kampung-kampung dan di kawasan berhampiran, maka yang itu lebih perlu diutamakan untuk diberikan daging korban. Sekiranya tiada, kemudian di luar kampung, kemudian di daerah luar, kemudian di dalam negeri, kemudian di dalam negara.. kemudian barulah di luar negara. Sekiranya ada keluarga yang terdekat, saudara mara dan sahabat handai yang miskin, maka bantuan kepada mereka patut didahulukan.

3. Berkorban perlu lah lembu yang sihat. Lembu yang tidak sihat, cacat, mempunyai penyakit kulit, buta, patah kaki, tidak cukup umur akan menyebabkan korban tidak sah dan akan menjadi lembu sembelihan biasa sahaja. Lembu yang tegap, isi daging yang banyak dan sihat menjadi keutamaan walaupun harganya agak mahal daripada lembu yang kurus tetapi murah.

4. Sekiranya didapati lembu korban betina bunting, maka biarkanlah lembu itu melahirkan dahulu anaknya. Sekiranya dikorbankan juga dan anaknya mati di dalam kandungan, maka anak lembu tersebut sah dimakan dan tidak perlu disembelih kerana ibu nya sudah disembelih. Sekiranya anaknya hidup, biarkan sahaja anaknya hidup.

5. Berhati-hati dengan lembu liar yang ganas. Sekiranya di dalam proses ingin menyembelih tersebut, kakinya patah atau telinganya putus akibat usaha untuk menjinakkan atau menenteramkannya, maka korban tersebut tidak sah dan dianggap sebagai sembelihan biasa sahaja.

6. Seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian korban. Sekiranya ada yang berhajat untuk aqiqah boleh melaksanakannya pada masa yang sama maka ia dibolehkan contohnya 3 bahagian aqiqah dan 4 bahagian korban. Tetapi sekiranya ada keluarga berhasrat untuk melaksanakan 7 bahagian hanya untuk aqiqah sahaja maka ia adalah satu kerugian. Ini kerana, korban hanya dilakukan pada 4 hari raya AidilAdha sedangkan selebihnya 361 hari lagi ada banyak masa untuk melakukan aqiqah.

7. Daging korban adalah afdhal diberikan di dalam keadaan mentah. Ianya diberikan kepada orang Islam sahaja. Berbeza dengan daging aqiqah yang lebih dahulu dimasak. Walaupun begitu kedua-duanya tidak dibolehkan untuk disedekahkan kepada bukan Islam. Di dalam kes Aqiqah, sekiranya ada jiran bukan Islam yang ingin diberikan daging Aqiqah kepada mereka, maka, kita boleh membeli daging daripada luar (bukan daripada yang disembelih) dan dicampurkan sekali di dalam masakan. Contohnya, jika berhajat untuk menghadiahkan 10 kg daging kambing kepada jiran bukan Islam, boleh beli daging di pasar dan campurkan sekali di dalam masakan. Maka, setelah masak bolehlah diserahkan kepada yang bukan Islam.

8. Daging korban tidak boleh dijual. Ini termasuk tulang belulang, isi perut, ekor dan juga kulit. Malah, untuk membayar upah kepada si tukang sembelih dan pelapah juga tidak boleh menggunakan daging korban sebagai bayaran. Ia boleh dianggap hadiah sahaja tetapi bukan upah kepada mereka.



9. Sekiranya ayah atau ibu sudah meninggal dunia, kita tidak boleh melakukan korban untuk mereka kecuali mereka telah mewasiatkan kita untuk berbuat demikian. Sekiranya ibu atau ayah masih hidup, maka keizinan daripada mereka adalah perlu. Sekiranya tidak mendapat keizinan korban tidak boleh dilakukan.

10. Hari raya aidil Adha adalah hari raya yang paling penting, dan 4 kali ganda lebih penting daripada hari raya Aidil Fitri. Sepatutnya dirayakan dengan lebih meriah dan penuh kesyukuran.

Diharap dapat iktibar sedikit sebanyak daripada apa yang ditulis.

KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...

Pergilah tetamu Allah
Pergilah menuju Allah…
Pergilah membawa hatimu yang pasrah
Tiada lain yang kau cari
Kecuali kasih-sayang Ilahi

Haji ertinya menuju…
menuju Allah yang satu
Namun jalan cinta itu penuh sembilu
Kan bertandang ujian beribu liku
Merintang diri dan hati
Kerna setiap cinta itu pasti diuji…
Apakah sejati atau ilusi.


Sebelum melangkah mulakan muhasabah
Bagaimana belanja kita ke sana?
Apakah keringat sendiri yang mengalir?
Apakah dari sumber yang bersih?
Apakah dari pekerjaan yang baik?
Tanpa penipuan, tanpa penzaliman
Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya
Leburkan mazmumah semampunya
Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya
Mensucikan hati di pohon keampunan
Minta kemaafan dari manusia
Mohon taubat segala dosa…
Barulah nanti terlerai rantai di hati
Terasa ringan melangkah kaki!

Pakaikan kain ihram di tubuh
Serah diri seluruh…
Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh
Kini kita hanya seorang hamba
Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan
Yang bertelut gementar… menanti hukuman
Labaiklallah humma labaik!
Hambamu datang ya Allah…
Dengan hias rohani
Di cermin matahati katakan pada diri:
Aku tidak punya apa-apa
Harta, keluarga dan milik Mu jua
Asalku hanya dari titisan air yang hina …
Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya…
Namun Hambamu datang jua ya Allah…
Labaikallah humma labaik
Aku datang wahai Tuhan
Aku datang… menyahut panggilan

Tuluskan niat kita ketika memulakan
Haji ini, ibadah ini…
Bukan untuk ihsan manusia
Bukan lanjutan urus niaga
Pun bukan kerana riak dan bangga
Tetapi benar-benar kerana kita hamba
Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi
Ikhlas itu sangat maknawi
Namun kesannya zahir pada diri

Ikhlas melahirkan sabar…
Sabar kita dengan karenah insan
Demi mengharapkan rahmat Tuhan
Ikhlas melahirkan syukur…
Syukur dengan ruang yang sempit
Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah
Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar
Tiada bezanya derjat dan pangkat
Yang kaya atau melarat
Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah
Talbiah, tasbih dan selawat
Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin
Segalanya sama seputih kain
Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan
Hanya taqwa… nilaian Tuhan

Tuhan tidak menilai rupa
Tuhan tidakmenilai harta
Tuhan hanya menilai hati
… hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah…
bermalam di Mina melontar 3 Jamrah
Genggam butiran batu itu dengan tangan kita
Tapi lontarkan ia dengan satu rasa
Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah
Simbolik satu kebencian
Metafora sebuah peperangan
Melawan syaitan dalam kehidupan
Nyahkan ia jauh-jauh…
Perangi ia sungguh-sungguh…
Usah berpaling lagi
Pada bujukannya… kita tak sudi!

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa
Rindu tiba-tiba semakin membara
Hati hiba tanpa diminta
Tanda disedari mengalir air mata kita
Oh! situ pernah melutut Ibrahim
Di situ pernah sujud Ismail
Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah
Di hitam warnanya ada nur kesucian
Langkah kian cepat… kian mendekat
Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan
Tiga pertama bagaikan lari dari dosa…
menuju pahala
Empat yang kedua lepas dari kesalahan…
menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan
Dikucup tangan tanda kecintaan
Tuhan cintaku hanya pada-Mu…
Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah
Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera
Cemas bila dirasuk azab…
Tenang seketika dibujuk harap…
Ke sana khauf…
ke sini raja’…
Bimbang tenang berulang datang
Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku
pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur
Helaian rambutmu pun gugur
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu
Kini bangun dirimu yang baru

Bukan sekadar membunag setipis rambut…
tetapi mengungkai fikiran yang berkabut
Bukan sekadar membersih kepala…
tetapi hakikatnya menjernih minda

Itulah rahsia tahallul
Meninggalkan diri yang kotor
Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi
Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya
Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian
Terbayang gembala kecil di padang pasir
Luka kakinya di Taif
Hilang kesayangannya di Badar
Gugur giginya di Uhud
Atap rumahnya dicecah jari
alas tidurnya berbekas di badan

Sujudlah, bertelekulah di situ
Tunduk malu di makam nabi
Di sana tersimpan jasadnya yang mulia
Rasul yang tak pernah jera berkorban…
Demi umatnya
Tega baginda pada semua derita

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain
Ingin merayu tapi lidahnya kelu
Qiblat itu hak Tuhan…
tak layak dirinya memohon pertukaran
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah
Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah
Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah

Di Badar kita diajar bertawakkal
Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai
Tetapi bila disiplin robek godaan harta
Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa
Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie
Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit

Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini
Jika segalanya dilihat dengan matahati
Jiwa akan kukuh disepuh iman
Akal akan bersih disuluh iktibar
Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam
Haji kemuncak mehnah dan ujian
Padanya tersimpan rahsia kekuatan
Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu…
Berpisah tak gelisah…
Kenangan di Makkah dan Madinah
Adalah bekal safar abadimu…
bertemu Allah!



sumber : drp blog ustz Pahrol Mohamad Juoi dan Dr Azwan. Baca Selengkapnya..

Sunday, November 22, 2009

Insya Allah





Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way



Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com Baca Selengkapnya..

Friday, November 13, 2009

Khutbah Nabi Muhammad S.A.W

Wahai manusia ,
Dengarlah baik – baik apa yang hendak ku katakan . Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini . Oleh itu dengarlah dengan teliti kata – kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang – orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini .

Wahai manusia ,
Sepertimana kamu mengganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci . Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak . Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula . Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu menemui Tuhan kamu , dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu . ALLAH telah mengharamkan riba . Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang .

Berwaspadalah terhadap ,
Syaitan demi keselamatan agama kamu . Dia tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara – perkara besar , maka berjaga – jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara – perkara kecil .

Wahai manusia ,
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas para isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang . Layanilah wanita – wanita kamu dengan baik dan berlemah – lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia . Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina .

Wahai manusia ,
Dengarlah bersungguh – sungguh kata – kataku ini . Sembahlah ALLAH , dirikanlah sembahyang lima kali sehari , berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu . Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu . Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain . Kamu semua adalah sama , tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh .

Ingatlah ,
Bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan . Oleh itu awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku .



Wahai manusia ,
Tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru . Oleh itu wahai manusia , nilailah dengan betul dan fahamilah kata – kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu . Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua – duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama – lamanya . Itulah Al – Quran dan Sunnahku .

Hendaklah orang – orang ,
Yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain , dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada lain . Semoga yang terakhir lebih memahami kata – kataku dari mereka yang mendengar terus dariku . Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba – hamba Mu ………


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah , Gunung Arafah . Baca Selengkapnya..

Keistimewaan Wanita




1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates