Thursday, December 2, 2010

..Ruh dan pemikiran...



Bercakap mengenai ruh..manusia secara fitrahnya dilahirkan dalam keadaan bersih dan suci ibarat kain putih.Sejak Allah meniupkan ruh di dalam rahim ibu kita lagi,kita sudah pun mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Namun setelah ruh bergabung dengan jasad,ruh mulai terpengaruh dengan keadaan persekitaran dan orang sekeliling.Ruh berada dalam dilemma,antara 2..kebaikan atau kejahatan..ruh yang mendapat tarbiyah yang baik bakal memberi manfaat kepada seluruh isi alam dan begitulah sebaliknya..

Dan bercakap mengenai psikologi atau pemikiran,bagi saya..psikologi seseorang sangat dipengaruhi oleh persekitaran semasa kanak-kanak..ramai orang yang makan dahulu garam bercakap bnda yang sama..sebagai contoh,jika seorang perempuan yang semasa kecilnya dikelilingi ramai adik-adik dan saudara lelaki,tidak mustahil sedikit sifat kelakian itu ada padanya dan begitulah sebaliknya.Contohnya,seorang perempuan akan bertindak mencuba sesuatu di luar kebiasan seorang perempuan.Semuanya,kerana dia melihat orang-orang sekeiling yang rapat dengannya bekerja dan menguruskan kehidupan ini.

Saya sendiri dikapit oleh 2 bodyguard dalam keluarga,sedikit sebanyak terkesan dengan persekitaran semasa kecil.Pernah ditanya oleh seorang sahabat sewaktu saya memandu kereta,"Yuni ni mesti suka main game laki2 masa kecil kan"?.Hmm,tapi adakah lelaki sahaja yang biasa drive laju dan perempuan memang sangat biasa drive slow?Pelik dengan pemikiran sebegini sebenarnya.Padahal,sekarang terlalu ramai lelaki yang sangat suka bersembang melebihi kaum hawa kerana faktor persekitarannya yang dikelilingi oleh adik beradik perempuan yang ramai mungkin.

Perempuan dan cermin/hiasan manakala lelaki dan bola sepak/kereta sport satu benda yang natural tapi apabila keadaan berlawanan,adakah itu satu yang pelik?Bagi saya,tidak sama sekali kerana ia adalah satu keadaan di mana minat itu terbentuk dengan sendiri dengan faktor persekitaran yang mempengaruhi.Sememangnya sewaktu kecil,saya suka bermain dengan abang,adik lelaki dan saudara2 lelaki kerana cara dan sikap mereka tidak macam budak perempuan yang selalu menangis kalau terkasar sedikit.Namun begitu,secara fitrah,jiwa perempuan itu seperti kaca,mudah retak dan pecah jikalau tidak kena gaya.Dalam sirah,Rasulullah pernah mengatakan salah seorang isterinya yang sedang menaiki unta ibarat botol kepada penarik unta,jadi,perlu berhati-hati pesan Rasulullah kepada Penarik unta itu.Berlainan dengan lelaki yang bukan berjiwa perasaan tetapi berjiwa kepimpinan,yang melihat sesuatu dengan akal bukan dengan emosi.Sebab itu lelaki berperanan menjadi ketua keluarga.

Sewaktu kecil,macam-macam benda adventure dicuba.Jiwa kanak-kanak memang sentiasa mencuba dan jiwa remaja selalu teruja dengan benda yang baru.Lelaki dan perempuan sangat berbeza akan bentuk pemikiran dan keinginan.Saya tidak setuju jikalau ada diskriminasi kemahiran dan ilmu antara lelaki dan perempuan sedangkan Allah suka hambaNya menuntut ilmu dan mempelajari sesuatu yang boleh membawa kebaikan bersama tidak kira pekerjaan itu susah mahupun senang.Namun kudrat wanita itu lemah dan memang tidak dapat dibandingkan dengan kudrat lelaki yang Allah anugerahkan.

Dari kecil sehingga remaja dan kini meningkat dewasa,tidak mustahil minat seseorang semasa kecil akan berubah seratus peratus kerana faktor keutamaan individu itu terhadap sesuatu yang lebih penting seperti kerja,keluarga dan lain-lain menyebabkan kurangnya masa yang disumbangkan kepada hobi atau minat.Tiada yang mustahil,namun mungkin ada sedikit sifat di luar kebiasaan yang sepatutnya tidak dimiliki oleh suatu golongan.Contoh,sifat terlalu berani..Lelaki sewajarnya memiliki sifat ini kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga namun perempuan ,jika terlebih berani ia akan menjadi satu fitnah.Contoh,seorang perempuan yang keluar pada larut malam seorang diri tanpa tujuan yang mendesak bakal mengundang jiwa-jiwa jahat yang memerhati.Ingat pesanan seorang ibu 'kakak,jangan terlalu berani sangat,nanti kalau jadi apa-apa kan menyesal tak sudah'..Agak gerun bunyinya namun apabila keadaan mendesak dan selepas menimbang nimbang dari segi fiqh aulawiyat,perasaan gerun itu dikorbankan kerana keyakinan kepada Allah itu yang paling penting.


Itulah nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap hambaNya yang berfikir..Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan bergantung pada kita samada kita gunakan ke arah kebaikan atau pun kerosakan.Ruh yang bersih akan melahirkan pemikiran yang baik.Tidaklah Allah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya dengan sia-sia..Ingatlah,janji Allah akan hambanya yang sanggup mengorbankan jiwa dan hartanya demi kepentingan agama Allah bakal memperoleh syurga yang indah,tidak kira leleki atau pun wanita..InshaAllah..n__n

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates