Tuesday, September 13, 2011

~ Universiti Sains Malaysia Dalam Kenangan~




Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w..

Sudah lama tidak mencoret di teratak usang ini,hari ini sebelum berangkat ke Penang untuk raptai Konvokesyen,ingin sekali mengenang kembali kisah suka dan duka sepanjang berada di kampus USM,Penang.Banyak sekali kenangan yang mencuit hati besama sahabat-sahabat.Memang benarlah,sebenarnya sahabat dan kawan-kawan yang banyak mencorak perlakuan dan pemikiran kita sehari-hari sepanjang kita bermusafir mencari ilmu di tempat orang.Didikan ibu bapa hanya sebagai asas awal untuk kita menjadi insan yang baik.Kepentingan berkawan dengan orang yang boleh membimbing dan menasihati diri di kala rebah di persimpangan waktu mungkin akan dirasai selepas kita berlalu meninggalkannya.Memang saya sangat akui,sahabat sejati memang agak susah dicari,namun senang pula mendapat kawan-kawan tanpa dicari.Dari situ,pengalaman dan ilmu dalam sebuah pencarian makna kehidupan hakiki bermula.

Kehidupan yang sangat sibuk dengan aktiviti seorang Mahasiswa,dae'i dan aktivis persatuan sememangnya cukup manis walau ada ranjau berduri di sebalik itu semua.Kuliah,tutorial,study group,lab report,assignment,test,usrah,program dan berbagai lagi aktiviti sebelum menjelangnya Peperiksaan Akhir tersusun padat dlm jadual..Hmm,kadang2,Final Exam pun masih lagi sibuk dengan program.Namun,dek kerana cinta dan sayangnya kpd dakwah Islam,maka semua sahabat berganding bahu bekerjasama melunaskan amanah masing2.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.InshaAllah,semoga Allah menerima pengorbanan kita selama ini dan memberi rezeki yang tidak kita sangka-sangka.

Dakwah yang sering dikhabarkan oleh ustaz ustazah di tangga persekolahan merupakan satu praktikal di Matrikulasi dan Kampus.Ia timbul apabila ada satu kefahaman yang kukuh dan ilmu yang diperoleh secara langsung dan tidak langsung daripada mata2 rantai perjuangan Islam.Alhamdulillah,baru saya sedar bahawa usrah yg diikuti sejak Matrikulasi rupa-rupanya telah dipraktik semasa Tingkatan Satu,Terima Kasih kpd kakak angkat,Kak Nor.Selalunya,di antara Maghrib Isyak,kakak ini akan mula menceritakan perihal azab kubur,akhirat dan sirah di surau sekolah.Pengisian2 spt itu membuatkan junior spt sy ketika itu seronok walau terpaksa berjauhan dgn keluarga.Masih terasa biah solehah di sekolah lama dulu.

Kampus USM banyak mengajar sy dari segi pengurusan masa,pengurusan diri dan pengurusan orang2 sekeliling.Contoh situasi,Esok awal pagi ada test,mlm ni sempat lagi pergi meeeting sampai 3/4 pagi.Esok ada paper,hari ni masih lg d tempat program dan macam2 peristiwa yg mencabar kemampuan diri.Walau dah tahu mcm xcukup je study namun shbt2 sering berpesan "sebenarnya belajar ni bukannya nilai kuantiti tapi kualiti".Yang penting,Bagaimana kita dpt input dlm masa yang singkat dan mengeluarkan idea dgn jelas di atas paper exam~hee

Stress?Ia suatu yang normal bagi seorang manusia.Terasa hati?Bukan orang,kalau tak ada terguris hati.Stress dgn kerja kebiasaan org blh adapt,namun stress dgn sikap manusia,kadang2 mampu mencabar kewarasan akal.Walau bagaimanapun,kemaafaan adalah yang terbaik dan melupakan segala tindakan mereka adlh penawar yg berkesan.Di situ,kita boleh menilai tahap kesabaran kita sejauh mana dan mengajar kita berwaspada supaya pisang tdk berbuah 2 kali.Hmm,bnda2 inilah merupakan asam garam perjuangan dan salah satu masalah hati yg blh menjejaskan gerak kerja dan akademik kita.Jadi,kalau ada shbt kita hilang tibe2,jgn bimbang.Mungkin dia tengah beruzlah utk menyucikan hatinya supaya tenang kembali =)

Hampir 3 tahun berada di kampus,berbagai skill dipelajari drp sahabat2 yg bervariasi.Macam2 sampai tak terkata.Sanggup memberi kepercayaan walau hanya ada lesen T shj tp ntah ke mana-mana,huhu.Sanggup mengajar sesuatu yg tdk pernah dibuat,Adobe Photoshop trutamnya utk banner,urus kedai dll.Sanggup menasihati dan membetulkan diri di kala tersilap kata dan tindakan dan banyak lagi.Jazakallah dan moga ntum merasai kemanisan yg sama.Akhir kalam dan sebagai kesimpulannya,kemanisan dalam perjuangan di jalan dakwah merupakan satu bonus untuk kita daripada Allah.Moga kita terus istiqamah..Ameen.

2 comments:

RaJa UmIr YaShA said...

sedih pula bace post ni..uni, smga nti terus istiqamah dlm mengizzahkan islam walau di manapun nti brada..semoga terus tabah dan kuat ye rum3..jgn lupekan kami di sini.. smga Allah redha ukhwah antra kita smua..amin.. =')

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

Benar kata enti. teringat kisah dulu. Semester yg bizi dgn gerak kerja jemaah, tiba2 saja pointer meningkat, selepas 3 semester, berlaku peralihan kepimpinan, pointer kembali seperti sebelum bizi.

Kita berjaya bukan kerana usaha kita semata.

Cabaran lepas grade lebih getir. Moga terus istiqamah.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates