Wednesday, April 1, 2009

Percayailah sesungguhnya Allah menyayangimu

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.



Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.




Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…


Baca Selengkapnya..

Sketsa Kehidupan




Kesenangan Yang Datang Tak Akan Selamanya
Begitulah Selepas Susah Ada Kesenangan
Seperti Selepas Malam Datangnya Siang
Oleh Itu Waktu Senang Jangan Lupa Daratan
Gunakan Kesempatan Untuk Kebaikan
Sebelum Segalanya Terlepas Dari Genggaman
Kelak Menyesal Nanti Tak Berkesudahan
Apa Gunanya Sesalan Hanya Menekan Jiwa
Jangan Difikir Derita Akan Berpanjangan
Kelak Akan Membawa Putus Asa Pada Tuhan
Ingatlah Biasanya Kabus Tak Berpanjangan
Setelah Kabus Berlalu Pasti Cerah Kembali
Ujian Adalah Tarbiyyah Dari Allah
Apakah Kita Kan Sabar
Ataupun Sebaliknya
Kesenangan Yang Datang Selepas Kesusahan
Semuanya Adalah Nikmat Dari Tuhan
Gunakan Kesempatan Untuk Kebaikan
Sebelum Segalanya Terlepas Dari Genggaman
Kelak Menyesal Nanti Tak Berkesudahan
Apa Gunanya Sesalan Hanya Menekan Jiwa
Jangan Difikir Derita Akan Berpanjangan
Kelak Akan Membawa Putus Asa Pada Tuhan
Ingatlah Biasanya Kabus Tak Berpanjangan
Setelah Kabus Berlalu Pasti Cerah Kembali
Ujian Adalah Tarbiyyah dari allah
Apakah Kita Kan Sabar
Ataupun Sebaliknya
Kesenangan Yang Datang Selepas Kesusahan
Semuanya Adalah Nikmat Dari Tuhan


Baca Selengkapnya..

Tuesday, March 31, 2009

Ujub Merosakkan Ibadat

DIRIWAYATKAN dalam sebuah hadis : Terdapat tiga sifat diri manusia yang akan mencelakakannya, iaitu bakhil yang berterusan, hawa nafsu yang dipuaskan dan ujub kepada diri sendiri.

Ujub bermaksud mengkagumi kelebihan diri sendiri, mengagungkan amal ibadatnya dan merasakan ibadat yang dilakukannya itu adalah atas kesedaran dan usaha dirinya sendiri. Menurut para ulamak, ujub ialah anggapan hamba Allah, bahawa kemuliaan dan terlaksananya amalannya adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain daripada Allah, sama ada disebabkan oleh dirinya sendiri atau oleh orang lain atau kedua-duanya sekali. Sebagaimana riyak, ujub juga boleh menjejaskan pahala ibadat. Penyakit ujub juga mendindingi taufik, hidayah dan 'inayah Allah Taala. Dengan yang demikian, akibat yang akan berlaku ke atas diri orang yang berkenaan ialah "kecelakaan". Menurut ulamak, amalan orang yang berpenyakit ujub menjadi sia-sia kecuali apabila dia sempat bertaubat sebelum mati. Akibat ujub, amalan sesorang menjadi gugur, terkeluar daripada nama kebajikan dan tidak berhak mendapat pahala atau pujian daripada Allah Taala. Diriwayatkan, nabi 'Isa 'alaihil-salam pernah bersabda: "Hai sekalian para Hawariyyun.Pelita-pelita terpadam karena tiupan angin, manakala hamba-hamba Allah terbinasa karena ujub".

Lawan kepada ujub itu ialah dzikrul-minnah (mengingati segala nikmat kurniaan Allah), termasuk sentiasa mengingati bahawa amalan yang dikerjakan adalah disebabkan oleh taufik Allah Taala. Dan, hanya Allah Taala yang memuliakan amalan itu dan membesarkannya atau menilai dan menentukan kadar pahalanya.
Mengikut ulama lagi, dzikrul-minnah wajib dilakukan apabila timbulnya rasa ujub dan sunat dilakukan setiap detik. Jadi, zikrul-mannah itu merupakan ubat atau cara pencegahan penyakit ujub. Dalam konteks penyakit ujub, manusia terbahagi kepada tiga golongan:


ujub dalam setiap perlakuan / amalan;
kadang-kadang ujub dan kadang-kadang tidak;
bebas daripada penyakit ujub.
Dalam golongan yang pertama itu, termasuklah kaum Mu'tazilah dan Qadariah. Mereka langsung tidak mengaitkan perlakuan mereka atau amalan mereka dengan 'inayah dan taufiq daripada Allah Taala. Malah, mereka mengingkarinya. Bagi mereka, terlaksananya segala amalan mereka adalah atas kehendak dan usaha mereka sendiri. Ini merupakan akidah mereka,akidah yang ditolak oleh ahli al-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka yang termasuk dalam golongan yang kedua pula terdiri daripada orang-orang awam daripada golongan Ahli al-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka kadang-kadang ujub apabila mereka di dalam kelalaian yang menutup mata qalbu mereka. Tetapi, apabila sedar tentang dzikrul-minnah, mereka tidak ujub pula. Golongan yang ketiga itu sentiasa di dalam kesedaran dzikrul-minnah. Mereka ialah golongan yang lurus, tidak mengkagumi amalan mereka dan tidak membanggakan diri dengan amalan mereka. Mereka tidak pernah ujub sepanjang waktu. Selain penyakit ujub dan riak, menurut para ulama, sekurang-kurangnya lima penyakit lagi yang dikenalpasti merosakkan amal ibadat seseorang hamba Allah, iaitu:

nifaq (sifat orang munafiq);
membangkit-bangkitkan amalan (al-mann);
menyakiti hati orang yang menerima sedekah (al-adza);
menyesali perbuatan yang baik atau amal kebajikan;
melakukan amal ibdat tetapi didalam kedaan meringan-ringankannya dan tidak bersungguh-sungguh menepati waktu beribadat.

Untuk memelihara pahala atau matlamat amal ibadat, antara lain, kita hendaklah mengerjakannya dengan:

ikhlas beramal atau ikhlas menuntut pahala daripada amalan (lawan kepada nifaq dan riak);sentiasa mengingati kurniaan, taufik dan 'inayah Allah (dzikrul-minnah); menyerahkan amalan kepada Allah dan tidak membangkit-bangkitkan amalan (khusunya dalam amalan bersedekah); tidak menyakiti hati orang dengan mengungkit-ungkitkan kebajikan yang dilakukan (khususnya dalam amalan bersedekah, penerima sedekah tidak dihina, dicela atau dipandang rendah); benar, tulus hati dan sentiasa bersyukur atas nikmat taufik dan hidayah Allah; segera merebut peluang mengerjakan kebajikan (tidak melepaskan kesempatan yang ada untuk beribadah); Dengan keadaan-keadaan yang demikian, insya-Allah, amal ibadat kita tetap terlihara, dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar..
Wallahu a'lam.


Baca Selengkapnya..

Saturday, March 28, 2009

Bersahabat Kerana Apa?

Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan,teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.


Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati,maka bersyukurlah kepada Allah Taala.Sahabat sejati ialah seorang yang cerdik,berilmu dan mutadayyin(beragama lagi berakhlak mulia).Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya.Justeru,selain menuntut kita agar mencari sahabat,kawan teman dalam kehidupan,Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.



Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala.Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini.Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?


TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".

Wallahua'lam.


Baca Selengkapnya..

Saturday, March 21, 2009

"Alkisah... ..

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2
di dalam semak,
tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia
dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya
Allah ..
makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang
beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang
tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina
azabbannar.Amin! "






KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.Nikmat kubur.
2.Perlindungan di Padang Mahsyar.
3.Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.Syurga yang kekal abadi. Keutamaan kpd calon yg menjaga solat di awal waktu.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nangkir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
2. Siapa Nabi anda?
3. Apa Kitab anda?
4. Di mana Kiblat anda?
5. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Baca Selengkapnya..

Monday, March 16, 2009

marilah BERJIHAD sgn HARTA dan JIWA mu



Bingkai Kehidupan

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi



Gelombang Keadilan

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga




Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela Baca Selengkapnya..

rahmat kasih sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamanya... moga kehidupan mewangi sentiasa bak Kasturi Putih...

Asysya'bi berkata : Annu'maan bin Basyir r.a. khutbah di atas mimbar dan sesudah mengucapkan puji syukur kepada Allah, ia berkata : saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

1. Seharusnya kaum Muslimin itu nasehat menasehati diantara mereka dan kasih sayang diantara mereka, bagaikan satu anggota dari badan, jika menderita sebahagian, maka menjalar ke lain bahagian sehingga tidak dapat tidur, sampai hilang sakitnya dari anggota itu.
2. Qatadah dari Anas r.a. berkata : Nabi s.a.w. bersabda : Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, Tiada beriman seseorang itu sehingga ia cinta bagi saudaranya sesama Muslim, apa yang ia cinta (suka) untuk dirinya daripada kebaikan.
3. 'Umar r.a. berkata : Sesungguhnya Allah tidak kasih kepada orang yang tidak ada rasa belas kasih dan tidak mengampun bagi orang yang tidak mema'afkan dan tidak menerima tobatnya orang yang tidak menerima tobat saudaranya kepadanya.
4. Qatadah berkata : Di dalam Injil ada tertulis : Hai anak Adam sebagaimana engkau sayang, demikian pula engkau disayang, maka bagaimana anda mengharap disayangi Allah padahal engkau tidak sayang kepada hamba Allah.
5. Syaqiq Azzahid berkata : Jika kamu ingat pada orang yang berbuat kejahatan lalu kamu tidak kasihan kepadanya, maka kamu lebih jahat dari orang itu, dan jika kamu ingat pada orang yang berbuat kebaikan lalu tidak terasa dalam hati mu manisnya ta'at, maka kamu termasuk orang jahat.
6. Ammar bin Yassir r.a. berkata : Tiga macam yang menghimpun ketiganya maka telah menghimbun iman kesemuanya : Bersedekah dalam keadaan serba kekurangan, dan menginsafi diri sendiri, dan menyebarkan salam (Muslimin) pada semua orang (makhluk).
7. 'Umar bin Abdil Aziz berkata : Perbuatan yang sangat disuka oleh Allah - tiga :
Memaafkan ketika ia dapat kesempatan untuk membalas, dan adil ketika marah, dan belas kasih terhadap hamba Allah , (dan tiada seorang yang sayang terhadap hamba Allah, melainkan Allah sayang kepadanya).......
AKAN ADA SERUAN DARI BAWAH ARSY PADA HARI QIYAMAT : HAI UMMAT MUHAMMAD, DOSA-DOSA YANG KAMU LAKUKAN LANGSUNG TERHADAP AKU, MAKA TELAH AKU MAAFKAN, DAN SISA DARI TUNTUTAN-TUNTUTAN YANG DIANTARA KAMU (SESAMA MUSLIM) HENDAKNYA KAMU SALING MEMAAFKAN, KEMUDIAN KAMU MASUK SYURGA DENGAN RAHMAT KU....... Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates