Tuesday, October 6, 2009

Hampir - hampir ....

Bismillahirrahmanirrahim..

Tengah hari kelmarin terjadinya satu peristiwa yang yang hampir hampir mengundang padah.Peristiwa itu berlaku di atas jalan raya dan hari itu hujan renyai-renyai.Sebuah skuter tiba-tiba terbalik betul-betul di hadapan saya,sedikit sahaja lagi.Saya dari simpang empat di Sungai Dua mahu menuju ke kampus. Sebelum kereta melintas,mata ini cuba melihat kanan dan kiri.Tengok sekali,ok,tiada kenderaan,bila tengok sekali lagi tiba-tiba wujud sebuah skuter yang memecut laju ke arah saya yang sudah bersedia untuk melintas,Alhamdulillah kaki ini sempat membrek dan BANG!!!Skuter yang laju tadi tiba-tiba berada di hadapan saya,penunggang itu jatuh bersama skuternya,saya tergamam sebentar sementara orang lain yang memerhatikan kejadian itu terus meluru ke arah pemuda cina yang sedang menahan kesakitan , beberapa orang lagi cuba mengangkat skuternya dan saya terus keluar dari kereta untuk melihat keadaan penunggang.

Kelihatan kakinya sedikit tercalar kerana hentaman ke atas jalan raya,saya bertanya adakah dia mahu saya membawanya ke hospital,namun dia kata tidak apa dan dalam masa yang sama dia terus memecut kembali skuternya.Nampaknya dia nak cepat dan dan semasa saya melihat untuk kali kedua sebelum melintas pun,dia sememangnya menunggang dengan sangat laju walaupun berada di simpang empat.Mungkin masa itu jalan raya licin dan dia tidak dapat mengawal skuternya walaupun cuba membrek dengan mengejut.Saya sendiri tidak tahu bagaimanalah kalau diri ini tidak sempat membrek,memang tragis.Nasib baik kereta ini tidak menyentuh sedikit pun skuternya,kalau tidak mungkin sudah menjadi kes polis.Syukur sangat2.Sememangnya,sejak berada di Penang ini,sudah banyak saya lihat penunggang motor menunggang dengan bahaya,sudah kalis dengan sikap mereka ini.

Skuter pemuda ini nampaknya masih baru tapi kelmarin cermin sisinya sudah pun pecah akibat kejadian tangah hari kelmarin.Timbul rasa kasihan juga tapi nak buat macam mana ,benda sudah jadi. saya sendiri tidak tahu siapa yang salah dalam hal ini.Namun sebelum saya,dia dan orang ramai bersurai seorang pak cik tua ada memberi nasihat ,katanya ‘jangan bawa laju-laju,jalan licin’.Tidak tahu samada ia ditujukan kepada saya atau pun penunggang itu.Tidak kiralah siapa yang ditujukan,kita sebenarnya sebagai pengguna jalan raya seharusnya sedar akan tanggungjawab kita menjaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sebenarnya segala ujian yang berlaku boleh mematangkan diri dan Allah hanya menguji hambaNya sesuai mengikut kemampuannya.FirmaNnya dalam surah Al-Baqarah ayat 286,”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai mengikut kesanggupannya.” Jadi ,wahai sahabat – sahabat ,setiap kerja yang akan dilakukan mempunyai cabaran dan ujian yang tersendiri ,kalau mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang,ada cabarannnya,kalau mahu menjadi penyambung mata rantai dakwah Rasulullah S.A.W juga ada durinya dan kalau mahu menjadi pengguna jalan raya yang baik juga ada risikonya.Semoga mendapat sedikit iktibar daripada kisah ini dan maaf jika ada terkurang dalam menulis.Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates