Monday, March 16, 2009

my first assignment about ISLAM

KANDUNGAN ISI PERBINCANGAN

Pada masa ini kita mengenal ada beberapa macam ajaran sesat yang lahir dengan senyap-senyap dalam masyarakat kaum muslimin di Negara kita ini.Meskipun jumlah pengikutnya tidak banyak,namun boleh merupakan satu ancaman bagi masa depan keutuhan Islam dan perpaduan umatnya di Negara ini.Baru- baru ini Malaysia gempar dengan beberapa ajaran sesat yang tiba-tiba muncul untuk menyelewengkan akidah masyarakat setempat demi kepentingan individu yakni pengasas ajaran tersebut.Banyak cara dan dakwaan yang dimainkan oleh pengasas ajaran ini untuk menarik perhatian orang ramai seterusnya menjadi pengikut setia mereka.Antaranya,mereka mendakwa solat lima waktu dapat didirikan melalui niat sahaja,tidak perlu melalui perbuatan.Antara contoh ajaran sesat di Malaysia ialah Ayah Pin,Rasul Kahar, Agama Taslim dan banyak lagi.Kita ambil satu contoh ajaran sesat Ayah Pin yang menular di Hulu Besut,Terengganu pada tahun 2006.Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam fatwa yang diwartakan pada 4 Disember 1997 mengisytiharkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Arifin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin adalah sesat. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang diberikan dalam Enakmen Pentadbiran hal Ehwal Agama Islam 1986.Banyak faktor yang mendorong kepada penyelewengan akidah ini dan penularannya di Malaysia.Jadi,kerajaan dan setiap muslim itu sendiri seharusnya bertindak wajar dalam menangani penyelewangan ini daripada terus berlaku.

PENGERTIAN AJARAN SESAT

• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
• Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan


Di antara fakta penting yang berkaitan dengan ajaran Ayah Pin ialah :
• Beliau mengaku tidak belajar agama.
• Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara’.
• Beliau pernah menyatakan bahawa “tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad s.a.w. yang berguru dengan Jibril”. Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara’.
• Beliau mengaku ajaran dan pegangannya adalah sesat serta bertentangan dengan hukum Syara’.
• Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
• Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil untuk dijadikan al-Quran.
• Bongkar al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada malaikat dan sifat dua puluh.
• Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
• Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
• Beliau mendakwa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
• Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segala kunci-kunci akhirat.
• Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdal daripada berzikir dan bersembahyang.
• Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
• Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi mendahului untuk menentukan bagi si mati syurga atau neraka.
• Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan, sebiji al-Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Sesuatu perkara mesti dilihat dahulu baru boleh dipercayai. Dalam Rukun Iman, Ayah Pin mengaku :
o Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
o Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
o Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
o Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
o Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
o Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian.



Sumber maklumat :

- Berita Harian, 1 Ogos 2005
- JAKIM

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates