Wednesday, February 17, 2010

Di mana aku?





Aku tidak pasti kenapa hatiku resah dan gelisah ..terasa sayu dan sedih sejak akhir2 ini..

Aku cuba mencari di mana puncanya..jika dulu aku sentiasa bermonolog seorang diri dengan Tuhanku,walau tiada siapa yang tahu dan dengar kata-kata rinduku pada Sang Pencipta,aku sangat bahagia..

mengapa sekarang aku seperti tidak berperasaan?sedangkan hati ini meminta-minta untuk diisi dengan cinta daripada Yang Berkuasa..

padahal hati ini begitu setia mendengar luahanku,namun aku seperti tidak mengendahkannya,membiarkan hati ini sunyi dan muram memikirkan tuannya yang sudah berubah..

Oh hati,adakah aku sudah berubah?

Jawab hati,ya!Kau sudah berubah..dulu kau bukan begini,kau sentiasa mencari masa untuk TuhanMu walau sesibuk mana pun engkau..

Oh hati,adakah aku berdosa?

Jawab hati,Ya!kau telah berdosa kepada Tuhanmu..

Oh hati,jadi bagaimana harus aku lakukan?

Jawab hati,kau punya jawapannya!

Aku tahu jawapannya???

Ya,aku perlu menangis di hadapan Tuhanku..mengadu dan terus mangadu..berdoa dan terus berdoa agar hatiku bersih dan ceria kembali..

Dan aku sentiasa berharap nikmat yang tiada terkata saat beribadat kepadaMu..

Ya ALLAH,janganlah Kau hilangkan kelazatan dan kemanisan iman anugerahMu ini saat aku mengerjakan solat di hadapanMu..

Janganlah Kau palingkan hatiku setelah Engkau memberikan petunjuk kepadaKu..

Dan jangan biarkan hatiku lesu dan muram ditenggelamkan oleh kesibukan duniawiMu ini sehingga aku tidak lagi mendengar bisikan-bisikan keinsafan daripada ayat-ayat suci Al-QuranMu.

Ya Rabbi..Kembalikanlah roh keinsafan ke dalam diriku sehingga ke hujung hayatku..


Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

anatomi-alquran said...

sungguh mudah untuk kita memulakan sesuatu, akan tetapi sukar untuk kita istiqamah.. namub segalanya adalah tidak mustahil..

ingatlah firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 2...

teruskan tawakkal pada-Nya dan berusaha untuk istiqamah.

"istiqamah lebih baik daripada 1000 karamah"

.....

Seindah Mawar Berduri said...

Ya ALLAH,janganlah Kau hilangkan kelazatan dan kemanisan iman anugerahMu ini saat aku mengerjakan solat di hadapanMu..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates