Sunday, March 28, 2010

~TAUTAN HATI~



Dipetik daripada novel Tautan Hati, karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu.



Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara
dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah
dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang
pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada
hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya,
tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun,
tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu
memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta,
terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa rupanya,
cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan
da’wah.


‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami
konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di
universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.

KEBEBASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sahabat sahabiah mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yang kami mahukan kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Jangnlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu
Telah lupakah kau?
Semuanya?
Kan belum lama kau keluardarinya
Di merata tempat
Disana sini
Ramai wakil-wakil kami
Yang ingin membantumu
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik
Kerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA




" Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Sekadar perkongsian… Sajak yang menarik untuk dihayati…

Wallahualam…

p/s:semoga sahabat2 yg terbaca sajak ini teringin mahu menjadikan buku Tautan Hati ini sebagai salah satu koleksi peribadi antum..(promote cket na,n__n)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates