Friday, April 3, 2009

9 mimpi nabi Muhammad saw

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
maka ia telah diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari
seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga
dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa
puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia
akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil
memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di
dalam keadan gelap gelita
disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI
DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan
kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukannya,maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN ALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates