Thursday, April 2, 2009
cinta itu fitrah..tapi..
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini dan mengecap nikmat-nikmat percuma yang Allah SWT kurniakan.
Marilah kita hayati satu petikan yang bertemakan tentang satu perkara yang amat sinonim dengan manusia terutamanya kita sebagai remaja iaitu CINTA.
Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti ‘dating’, perbualan telefon dan surat cinta dan yang sewaktu dengannya.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan hati yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu’ dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketaqwaan kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya Cinta Nafsu.
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu’ solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang paling luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.
Begitulah wahai sahabat, sememangnya cinta kepada makhluk yang berlainan jantina adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi, kita sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir, sewajarnya tidak kita salurkan cinta yang dikatakan fitrah itu ke jalan yang tidak diredhainya ataupun dengan melakukan maksiat. Ingatlah wahai sahabat, bahawasanya jihad melawan hawa nafsu adalah antara jihad yang paling besar di sisi Allah SWT.
Wallahua’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
assalamualikum srikandi islam
ana tertarik dengan entry ni
jiwa remaja,sntiasa sronok membaca kisah2 mahupun apa2 yg dibincangkan berkenaan cinta
setuju,cinta punya kuasa yg sungguh luar biasa
dan sering kita dengar,cinta kerana Allah itu yg suci.tapi cinta itu bagaimana?cinta kerana Allah yg bagimana?adakah cukup mengatakan n iktiqad pada hati,aku cinta pd dia kerana Allah?
ataukah,mncintai dia kerana Allah dengan membina satu lagi baitul muslim dan melahirkan generasi muslim? atukah ingin menyambung kesinambungan dakwah dengan niat kerana Allah melalui rasa cinta pada seseorang yg juga sefikrah?...cinta kerana Allah...pelbagai niat yg cuba dicipta untuk menyelaraskan rasa cinta itu mesti kerana Allah.sangat bahaya,andai ada yg menyalahgunakan ia...nasihat untuk diri dan sahabat muslimah
"wahai mujahidah soleha,jihadmu sebenar adalah hawa nafsuhmu.kau kunci kpada ruangan fitnah.bukan satu penghinaan,namun satu penyedaran,bahawa dirimu amat istimewa hingga boleh mengeggar dunia.jestru,andai kuat jiwamu,izzahmu bakal menundukkan pandangan seorang adam,namun mereka yg juga imannya kuat."
insyaalah seorang muslimah...
terus menebarkan sayap juang seorang muslimah
Post a Comment