Tuesday, April 21, 2009

JADILAH BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA


WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkansesuatu yang cantik, indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di maya .

WANITA SOLEHAH ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagi penyeri suasana. WANITA THOLEHAH (buruk akhlak) ibarat bunga yanglayu, kering, tidak berseri. Tiada siapapun yang sudi. Kalau cantikpun ia hanya ibarat bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

WANITA SOLEHAH zaman Rasulullah saw seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Sumaiyyah, Asma' dan lain-lainnya telah lama meninggalkan kita; dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan teladan dan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.


Islam hanya memberi EMPAT SYARAT untuk wanita menempah tiket ke syurga; iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatan dan maruah dirinya.

HANYA wanita yang memiliki hati yang beriman dan bertaqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelak akan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates