Friday, April 24, 2009

Assalamualaikum w.b.t..















Tahniah kepada sahabat ana yang baru sahaja balik dari umrah..Memang tidak dinafikan,perasaan cemburu timbul kerana umurnya yang baru sahaja 20 tahun tapi ALLAH sudah memakbulkan hajatnya untuk menjejakkan kaki di kota suci Mekah.Ana rasa semua orang yang bergelar mukmin pasti berkeinginan mengerjakan haji dan umrah serta menziarahi maqom junjungan besar kita,nabi Muhammad saw.Kalau boleh biarlah ALLAH menamatkan riwayat ini di tanah suci Mekah setelah bertaubat dan sibuk beribadat kepadaNYA dengan khusyuk di sana.Terasa aman dan tenang bila hati merindui ALLAH dan pesuruhNYA,Nabi Muhammad saw.Di kesempatan ini,ana cuba berkongsi pengalaman ibu bapa ana yang Alhamdulillah,sudah selamat menunaikan haji dan umrah pada tahun 2006.Sudah cukup untuk ana menafsir kehidupan mereka yang begitu tenang beribadat di tanah suci Mekah tatkala menatap wajah mereka yang cukup bersih dan berseri-seri di saat menyambut kepulangan mereka ke Malaysia.Kata mereka,memang kita tiada masa untuk memikirkan soal dunia di sana,masing-masing cuba memanfaat masa sepenuhnya dengan beribadat dan menghayati Nur Islam yang telah diberikan oleh Pencipta kita sendiri,ALLAH.Siapa kita untuk melupaiNYA.Pelbagai dugaan mereka tempuhi bersama,tidak pernah lalai dalam menjaga keselamatan dan kebajikan masing-masing memandangkan tarlalu ramai hamba ALLAH berasak-asak baik semasa tawaf atau lain-lain ibadat semasa menunaikan haji.Ana sendiri begitu risau akan mereka di sana memandangkan pada masa itu terlalu banyak berita mengenai kematian beberapa jemaah haji akibat ditindih.Ngeri bila ia terkena pada keluarga kita sendiri.Nauzubillah..Tapi,apakan daya,jasad ini terlalu jauh daripada mereka,hati ini hanya mampu berdoa dan berharap secara total kepada Rahmat ALLAH supaya melindungi mereka walau di mana sahaja mereka berada.Alhamdulillah,segalanya selamat dan moga mereka sentiasa berada di bawah naugan RahmatNYA.Moga-moga ana pun dapat mengikuti jejak ibubapa dan sahabat ana ini mengerjakan haji dan umrah.Jadi,kepada anda di luar sana,tanamkan azam dan tekad untuk melengkapkan rukun islam kita namun harus diingat hukumnya adalah fardhu ain hanya bagi orang yang berkuasa atau mampu mengerjakannya sekali seumur hidup.Oleh itu,berusahalah bersungguh-sungguh dalam mengumpul harta bagi melayakkan anda berada dalam kategori ini(mampu).InsyaALLAH,behajatlah kepadaNYA selalu,semoga doamu termakbul..maaf jika ada yang terkurang dalam menulis cerita ini..wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates