Thursday, April 23, 2009

Buat sahabat-sahabatku..















Assalamualaikum w.b.t buat keluarga yang dicintai,sahabat handaiku dan muslimin muslimat yang menziarahi teratak buruk ini..


Memandangkan ramai sahabat yang sudah berjaya menamatkan exam pada hari kelmarin dan kemungkinan besar sudah pun mula packing barang utk bertemu keluarga tercinta,izinkan ana meminta ampun kepada kalian dan halalkanlah ilmu dan rezeki yang telah dihulurkan sepanjang perkenalan kita.Walaupun exam ana akn tamat pada 30 hr bln ini,tapi mungkin ana tidak berkesempatan bertemu dengan kalian semua..Asif jiddan...

Ana harap ukhwah kita tidak akan putus walaupun di mana sahaja kita berada jika benar ukhwah ini berpaksikan ALLAH semata..

Dalam kita berukhwah,
pasti ada hati yang terasa,
pasti ada jiwa yang tersentuh,
pasti ada lidah yang kelu untuk meluahkan rahsia hati,

Namun,
segalanya pasti akan terlerai andai kita mendidik hati ini seperti air,
mudah melupakan tindakan seseorang yang mengguris hati,
mudah memaafkan kekhilafan orang,
mudah menyayangi seseorang kerana ALLAH

Lantaran,
jiwa ini terlalu hina dalam menghukum kesalahan orang,
jiwa ini terlalu kerdil untuk menyombongkan diri,
jiwa ini terlalu zalim dalam menyatakan ketidakpuasan hati ini,

siapalah aku..
aku insan biasa,kelemahanku tidak terhitung banyaknya,
aku hamba yang hanya mengharapkan Rahmat Kasih Sayang dari Sang Penciptaku,ALLAH.

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates