Saturday, March 6, 2010

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati





Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .
Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.


Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?


Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)


Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan.

Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.

Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.

Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.
Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.

Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.


http://sautul-harakah.blogspot.com/2010/02/jemaah-ipt-bakal-kepimpinan-yang.html Baca Selengkapnya..

Wednesday, February 24, 2010

Open Your Eyes ~ Maher Zain


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside...
No...

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No...

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing...
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life...

Allah...

You created everything
We belong to you



Ya ALLAH,kurniakanlah kami hati yang sentiasa memujiMu saat kami susah mahupun senang.. Baca Selengkapnya..

Wednesday, February 17, 2010

Di mana aku?





Aku tidak pasti kenapa hatiku resah dan gelisah ..terasa sayu dan sedih sejak akhir2 ini..

Aku cuba mencari di mana puncanya..jika dulu aku sentiasa bermonolog seorang diri dengan Tuhanku,walau tiada siapa yang tahu dan dengar kata-kata rinduku pada Sang Pencipta,aku sangat bahagia..

mengapa sekarang aku seperti tidak berperasaan?sedangkan hati ini meminta-minta untuk diisi dengan cinta daripada Yang Berkuasa..

padahal hati ini begitu setia mendengar luahanku,namun aku seperti tidak mengendahkannya,membiarkan hati ini sunyi dan muram memikirkan tuannya yang sudah berubah..

Oh hati,adakah aku sudah berubah?

Jawab hati,ya!Kau sudah berubah..dulu kau bukan begini,kau sentiasa mencari masa untuk TuhanMu walau sesibuk mana pun engkau..

Oh hati,adakah aku berdosa?

Jawab hati,Ya!kau telah berdosa kepada Tuhanmu..

Oh hati,jadi bagaimana harus aku lakukan?

Jawab hati,kau punya jawapannya!

Aku tahu jawapannya???

Ya,aku perlu menangis di hadapan Tuhanku..mengadu dan terus mangadu..berdoa dan terus berdoa agar hatiku bersih dan ceria kembali..

Dan aku sentiasa berharap nikmat yang tiada terkata saat beribadat kepadaMu..

Ya ALLAH,janganlah Kau hilangkan kelazatan dan kemanisan iman anugerahMu ini saat aku mengerjakan solat di hadapanMu..

Janganlah Kau palingkan hatiku setelah Engkau memberikan petunjuk kepadaKu..

Dan jangan biarkan hatiku lesu dan muram ditenggelamkan oleh kesibukan duniawiMu ini sehingga aku tidak lagi mendengar bisikan-bisikan keinsafan daripada ayat-ayat suci Al-QuranMu.

Ya Rabbi..Kembalikanlah roh keinsafan ke dalam diriku sehingga ke hujung hayatku..


Amin Amin Ya Rabbal Alamin.. Baca Selengkapnya..

Saturday, January 30, 2010

~ Cukuplah Allah Bagiku ~



Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakallah kepada-Nya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, ridha dengan apa yang dilakukan-Nya, berbaik sangka kepada-Nya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dari-Nya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin. Dan ketika seorang hamba tenang bahwa apa yang terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Rabbnya, maka ia akan mendapatkan pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah.

Syahdan, ketika nabi Ibrahim dilemparkan kedalam kobaran api, ia mengucapkan ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ , maka Allahpun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan, ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’

(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar) < QS. Ali-Imran: 173-174 >

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang paling lemah. Mereka akan mampu menghadapai semua itu dengan baik hanya bila bertawakkal kepada Rabbnya, percaya sepenuhnya kepada pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya. Karena, jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah dan tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan coabaan?

(Dan, hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman) < QS. Al-Maidah: 23 >

Wahai orang yang ingin menyadarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya. Itu bila anda mau keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta anda sedikit, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda kering, dan mata pencaharian anda terhenti, mengadulah kepada Rabbmu seraya mengucapkan ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’

Jika anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khawatir dengan suatu bencana, maka ucapkanlah dengan tulus kalimat ini ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’

(Dan cukuplah Rabb-mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong) < QS. Al-Furqan: 31 >


.....................................................................................


Aku merasa puas dengan Tuhanku sebagai pengganti, dan penghibur dari segala sesuatu yang tidak aku inginkan selain Dia Betapa rindu hati ini kepada Penguasa yang selalu melihatku dalam semua gerak-geriku sedang aku tidak dapat melihatNYA Jika aku bertaubat, itu atas anugerahNYA kepadaku Dan jika aku berbuat dosa, Dia adalah harapanku Jika aku berpaling, Dia menyeruku Dan jika aku menghadap, Dia mendekatkanku (kepadaNYA) Jika aku mencintaiNYA, Dia memeliharaku Dan jika aku ikhlas, Dia membisikiku Jika aku berbuat lalai, Dia memaafkanku Dan jika aku berbuat baik, Dia membalasku Wahai kekasihku, Engkau Maha Pemurah kepadaku Maka singkirkanlah semua kesedihanku Hanya kepada Engkaulah kerinduanku Dengan segenap hatiku, lahir dan batinku Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Dan yang paling diharapkan (kemurahanNYA) Wahai Yang Maha dahulu kebaikanNYA kepadaku Kerananya tidaklah layak bagiMU melupakanku Wahai Tuhan semua manusia baik di dunia mahupun di akhirat Atas semua perbuatan yang kulakukan Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan Dan yang mempunyai pembalasan Maha Perkasa kedudukanNYA Lagi Maha Terpuji semua perbuatanNYA Kegembiraanku dengan pertanyaan (hisab) Adalah kerana aku akan dapat melihatNYA Maka bagaimanakah aku tidak gembira denganNYA Bila Dia menganugerahiku Wahai Yang Mempunyai kemuliaan Wahai yang mempunyai kemurahan Anugerahilah aku Dan ubahlah apa yang Engkau lihat Dari keburukan keadaanku Aku mengadu kepadaMU tentang dosa-dosa yang tidak dapat kuingkari Sesungguhnya aku selalu berharap kepadaMU Wahai Yang Maha Pemberi anugerah Untuk mengampuninya Sebelum hisabMU kepadaku di Padang Mahsyar Wahai Tuhan tumpuan harapanku pada hari pembalasan Hari yang penuh dengan ketakutan Saat Engkau menyebutkannya Aku memohon Engkau mengampuninya di Padang Mahsyar Sebagaimana Engkau menutupinya ketika di dunia Wahai Tuhan tumpuan harapanku Kerana Engkaulah yang akan menghisabku.... [Petikan dari Cambuk Hati, karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni]


-------------------------------------------------------------------------------------


Ya ALLAH,jika segala yang berlaku baik berupa nikmat mahupun bencana bertubi-tubi berlaku terhadapku,kaum kerabatku,sahabat2ku dan saudara seislamku,izinkanlah kami menjadi hamba yang lebih rapat dan dekat kepadaMu dalam merebut cinta dan redha daripada Mu..Amin Amin Ya Rabbal Alamin.. Baca Selengkapnya..

Friday, January 8, 2010

Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai'e

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.



"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.


sumber : www.iluvislam.com Baca Selengkapnya..

Friday, December 4, 2009

Perjuangan




Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya





Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang Esa


Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com Baca Selengkapnya..

Tuesday, December 1, 2009

~ADAB - ADAB BERSELISIH PENDAPAT ~

Assalamualaikum w.b.t..

Pertama dan selamanya,puji-pujian hanya bagi ALLAH.. Hari ini,Saya tergerak hati untuk berkongsi Khutbah yang bertajuk 'Adab - Adab Berselisih Pendapat' memandangkan baru-baru ini heboh diperkatakan isu perselisihan pendapat di dalam gerakan islam itu sendiri.Saya bukanlah orang yang tepat untuk memperkatakan siapa yang betul dan siapa yang salah..Isu ini bukanlah perkara baru,kerana sejak zaman Rasulullah sendiri pun sudah terjadi..Masalah perselisihan pendapat sebenarnya boleh berlaku di mana sahaja,kepada siapa sahaja dan dalam apa bentuk situasi pun hatta melibatkan hanya dua individu kecil..secara mudah,masalah ini sudah biasa berlaku dalam setiap organisasi kecil hingga ke gerakan islam kampus sendiri..Jadi,Insya-ALLAH,bagi merungkai persoalan yang mungkin berlegar di dalam kotak pemikiran kita,ikutilah artikel di bawah ini (ambil daripada Teks Khutbah Jumaat,2002)..semoga mendapat manfaat..




Firman Allah di dalam Surah Huud ayat 118 dan 119:


Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.

Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Menurut keterangan ayat ini, manusia tetap akan berselisih dan berbeza pendapat atau pandangan. Sejarah juga membuktikan bagaimana telah berlaku banyak perselisihan di antara sesama manusia sehingga adakalanya berakhir dengan persengketaan, permusuhan bahkan peperangan dan berbunuh-bunuhan. Pepatah Melayu juga menyebutkan: “Rambut sama hitam hati lain-lain”, “Lain padang lain belalang” yang membawa pengertian lain manusia, lain mahunya, berbeza pendapatnya. Maka ia adalah suatu fitrah, suatu yang lumrah dalam kehidupan manusia di bumi Allah ini.

Namun, menurut pengajaran ayat tadi, di antara mereka yang berselisih itu, ada orang-orang yang dirahmati Tuhan, iaitu mereka yang berada di atas kebenaran, dengan petunjuk dan hidayatNya. Demikianlah yang dijelaskan oleh Allah Ta’aalaa di dalam FirmanNya:

Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan KehendakNya…
(Surah Al-Baqarah: 213)


Saudara-saudaku yang dikasihi Allah,
Marilah kita sama-sama berusaha mencari rahmat Allah dalam pada kita berselisih. Oleh itu, hendaklah kita senantiasa menjaga dan memelihara adab-adab dalam berselisih pendapat. Hendaklah kita senantiasa suburkan jiwa kita dengan sifat-sifat yang mahmuudah yakni yang terpuji seperti sifat berlapang dada, sifat sentiasa mencari kebenaran dengan jujur dan amanah biarpun ia pahit, Kita perlu memiliki sifat berpegang kuat dengan panduan Allah dan tunjukajar Rasulullah (s.a.w.). Begitu pula sama-sama kita mengelakkan dari sifat berkeras tidak mahu mendengar penjelasan pihak lain, apatah lagi jika apa yang disampaikannya adalah bernas dan ada kebenarannya.

Janganlah kita mengambil sikap ikut sembarangan, lalu menganggap ikutan kita itulah yang terbaik dan tidak mahu lagi mendengar ajakan yang bertentangan dengan ikutan kita, tanpa menilai dahulu apa yang disampaikan. Demikianlah yang telah digariskan oleh Allah di dalam firman-firmanNya yang berikut:


Maka sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hambaKu yakni mereka yang mendengar penyampaian lalu mereka mengikuti yang terbaik daripadanya.
(Surah Az-Zumar: 17-18)

Mereka inilah hamba-hamba Allah yang terpuji, yang sentiasa berlapang dada suka mendengar dahulu dan menilai untuk mengambil yang terbaik menurut ketetapan Syari’at.

Di dalam Surah Al-Israa: 36 pula, Allah menegah dari perbuatan sebaliknya, iaitu sifat mengikut sesuatu pendapat secara membuta tuli. Firman Allah:


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tiada ilmu tentangnya.

Kerana dengan sifat demikian, saudara-saudara sekalian, kita tidak akan menemui titik pertemuan yang baik dalam perselisihan, sebab masing-masing pihak mengikut sesuatu pendapat secara sembarangan dan membuta tuli. Dengan yang demikian itu perselisihan tadi akan menjadi punca perpecahan dan apabila ummat Islam berpecah-belah mereka akan rugi dan lemah. Sebaliknya jika masing-masing yang berselisih, mempunyai sikap yang betul dalam berselisih, menjaga adab-adab dalam berselisih serta mencari huraiannya yang terbaik Insyaa Allah kesatuan ummah akan terpelihara, ummat akan dirahmati Allah dengan keredhaanNya.


معاشر المسلمين و زمرة المؤمنين رحمكم الله،

Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketahuilah, bahawa sebenarnya junjungan kita yang tercinta Rasulullah (s.a.w.) telah memberi kita huraiannya jika kita berselisih. Inilah salah satu dasarnya dengan sabda baginda, yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi, hadits berderajat hasan sohih:


“Sesungguhnya, sesiapa di antara kamu yang masih hidup akan melihat perselisihan yang banyak, maka menjadi kewajipan kalian berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Al-Khulafa Ar-Raasyidin yang diberi petunjuk, gertap sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham kamu dan jauhilah segala perkara baru (dalam urusan agama) kerana setiap bid’ah itu kesesatan”

Maka menjadi tanggungjawab kita berpegang kuat dengan tunjukajar Nabi dan para Sahabat di dalam kita berselisih.

Allah SWT telah mengingatkan dalam banyak ayat antaranya:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.
(Surah Aali-‘Imraan: 103)

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 59 pula:


Jika kamu berselisih terhadap sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada Allah dan Ar-Rasul.

Maksud ayat ini ailah hendaklah kita mencari huraian perselisihan pendapatkita dengan berpandukan keterangan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang difahami menurut pemahaman para Sahabat dan Salafussolih.

Itulah yang telah dicontohkan oleh para Imam besar kita yang saling hormat menghormati pendapat satu sama lain dan saling memuji di antara satu sama lain berdasarkan kepatuhan pada dasar-dasar tersebut. Antaranya sikap saling memuji di antara Imam Asy-Syaafi’ee dan Imam Maalik, walaupun mereka berselisih pendapat di dalam beberapa perkara fiqh. Sebab mereka adalah manusia-manusia yang agung dengan ketinggian ilmu mereka, sehingga perselisihan di antara mereka tidak menjadikan mereka saling bermusuhan dan berpecah-belah.

Dengan itu, saudara-saudara sekalian, mulai hari ini kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan kita terutamanya dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah serta pemahaman salafussolih terhadap keduanya untuk kita dapat mencontohi mereka dan sekaligus memelihara keutuhan kesatuan ummah serta dirahmati Allah, biarpun kita mungkin berselisih dalam sebahagian perkara.


Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan adanya kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami sesungguhnya Kau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hasyr: 10)


sumber : MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
Khutbah Jumaat
29 Mac 2002 / 15 Muharram 1423H Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates