Monday, June 22, 2009

Tentera Allah Yang Paling Kecil





Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”

Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”

Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”

Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.

Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”

Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......

p/s: Jangan mudah menyangka yang kecil itu lemah tidak kira binatang atau manusia..^_^ Baca Selengkapnya..

Wednesday, June 17, 2009

Ku damba redhamu..





Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya.

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

sumber:http://liriknasyid.com Baca Selengkapnya..

bicara hati seorang anak untuk kedua ibu bapanya..















engkau terlalu bererti bagiku,kau hanya satu,
tiada dua dan tiga di dunia ini.
sungguh besar pengorbananmu..
di kala aku kesunyian,kau menjadi penghiburku,
di kala aku berduka,kau yang mengubat hatiku,
di kala aku berputus asa,kau cuba memberi semangat kepadaku,
di kala aku tertekan,kau setia mendengar luahanku,
walaupun aku banyak mengguris hati kecilmu,
namun kau tetap memaafkan kesalahanku dan terus mendoakan yang terbaik untukku,
walaupum aku tahu aku ini bukanlah anak yang sempurna di matamu,
aku cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang solehah,berilmu,kuat semangat dan cemerlang dunia akhirat..
Kasih sayangmu begitu terkesan di dalam jiwa kerdil ini,
aku tidak dapat bayangkan macam mana suatu hari nanti kau telah pergi meninggalkanku tanpa pesan,
redhamu begitu penting bagiku untuk menggapai redha Ilahi,
aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH menempatkanmu di syurga kerana aku tahu aku tidak terdaya membalas segala jasamu yang tidak terhitung itu,
kaulah sumber inspirasiku..

terima kasih mama n abah..

ucapan: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-23 to mama n abah..we luv both of you ^_^ Baca Selengkapnya..

Friday, June 12, 2009

Jenis-jenis air mata




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." Baca Selengkapnya..

Sunday, May 31, 2009

Kisah Di Balik Solat 5 Waktu

di sebALik soLat Lima wAktu.......



Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu
yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,

Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,

Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.



Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul-
Rasul sebelumku,

Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila
matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu
sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,
Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian
meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah).
Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda

Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi
oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah
S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'




Sabda Rasullullah S.A.W.
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah(kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."(Al-Baqarah : 155) Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAKREPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Baca Selengkapnya..

Wednesday, May 27, 2009

Remember ALLAH anywhere you go…





When you are tired and discouraged
from fruitless efforts…
ALLAH knows how hard you tried…

When you’ve cried so long and
your heart is in anguish…
ALLAH has counted your tears…

If you feel that, your life is on hold and time has passed you by…
ALLAH is waiting for you…

When you’re lonely
and your friends are too busy even for a phone call….
ALLAH is by your side.

When you think you’ve tried everything
and don’t know to turn…
ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you’re
confused or frustrated…
ALLAH has the answer.
If suddenly your outlook is brighter and
you find traces of hope…
ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have
much to be thankful for…
ALLAH has blessed you.

When something joyful happens
and you are filled with awe…
ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill
and a dream to follow…
ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember wherever you are or
whatever you are facing…
ALLAH (SWT) KNOWS !! Baca Selengkapnya..

BICARI HATI SEORANG PEREMPUAN..







Puji-pujian buatMu Tuhan Lantaran telah menjadikan
aku seorang perempuan Diciptakan dari tulang rusuk
kiri Adam dengan seindah kejadian Akulah si tulang
bengkok Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
mengatasi panjangnya akal fikiran Sebagai fitrah dan
anugerah hasil doa seorang lelaki namun biarlah
kejadianku memberi guna Bengkok yang ada manfaatnya...

Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang seorang suami...
pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina
semangat, penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad SAW Utusan Allah SWT
Bebas jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang
memiliki nafsu
sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang sering saja ditinggalkan
suaminya saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya.."bilakan
pulang?"
Disambut kepulangannya dengan khidmat...bersulamkan
kemesraan

Rumahtangga adalah syurga, tempat suburnya cinta
ketuhanan
akal yang tunggal...tidak akan dibiarkan hanya
bergelar dicelahan periuk
belanga
Dibalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir

Namun, "siapalah aku untuk memiliki watak wanita
solehah...
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati"
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa
insaf
Hak seorang suami tidakkan mungkin dapatku penuhi
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan
telah ku tadahkan wajah untuk mengusap debu
ditelapak kaki

Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa'ab bin Umair yang
menggadai dunia demi kasih
TuhanNya
Segigih Zubair Ibnul Awwaam yang diangkat oleh rasul
sebagai hawarijnya
Hasil didikan ibunya...setelah melalui zaman
anak-anak yang yatim dan
kekurangan
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah...rela
direbus demi
mempertahankan iman atau
suci Maryam yang seluruh hidupnya mengabdikan diri
kepada Tuhan

Meskipun aku bukan ibunya yang memiliki peribadi
semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani...yang tiap titis
darah mampu berzikir ke
hadrat Ilahi
Mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah
dengan kesolehan
Yang saling rela berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman sepertimana
Kisah seorang ibu yang telah kematian
putera-puteranya di medan jihad
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku
bahagia...Aduhai, kiranya aku
punya seorang anak lagi, aku rela dia turut gugur di
jalan Ilahi..."
namun jika aku, Kau taqdirkan akan kehilangan
mereka, tetapkanlah hatiku
Setenang Ummu Faisal...yang tidak menjadikan
kematian suami dan
anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatMu Tuhan
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai
hambaMu...inilah pengaduan,
harapan dan munajat kiranya kekasihMu sendiri pernah
berucap...
" Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah
perempuan..."

Tanpa petunjukMu
Selangkah yang mengiringi ku ke syurga
Sederap mencebur ke neraka


> Marilah menyelam ke lautan tak bertepi,
> Mengenal Zat yang Maha Tinggi,
> Renungan dan Tazkiroh sebagai santapan Rohani,
> Membina hidup di landasan Islami.


p/s:sajak ini ditujukan buat ukhti kak gayah,kak fathi dan shbt2 yg bakal mnjadi suri di hati suami tidak lama lagi..moga barbahgia selamanya. Baca Selengkapnya..

Template by:
Free Blog Templates