Tuesday, September 15, 2009
RENUNgAN bErsAMA!!! mANgkUk cANtik,mAdU dAN sEHELAi rAMbUt....
Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah menghidangkan madu kepada ayahandanya serta kawan-kawan2 karibnya. madu di letakkan dalam sebuah mangkuk yang amat cantik. semasa membawa mangkuk berisi madu itu kepada mereka, tiba2 sehelai rambut jatuh ke dalam mangkuk tersebut. semua yg ada hanya memerhati keadaan tersebut.
tiba2 Rasulullah saw meminta semua sahabat yg hadir untuk membuat perbandingan terhadap 3 benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. maka para sahabat yg ada memberikan pandangan masing2.
Saidina Abu Bakar ra berkata :
"Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, org yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahan kan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut"
Saidina Umar ra pula berkata :
" Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, org yg menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan org yg beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit daripda meniti sehelai rambut."
Saidina Ali ra kemudian berkata :
"Tetamu itu lebih cntik daripada mgkuk yg cntik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu rasa gembira sehingga pulang ke rumahnya lebih sukar daripada meniti dia atas sehelai rambut."
Saidatina Fatimah ra pula berkata :
"seorang wanita itu lebih cntik dripda mangkuk yg cntik, wanita yg menutup auratnya itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorg wanita yg tidak pernah dilihat org lain kecuali mahramnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut"
Rasulullah saw pula mengatakan :
"seseorg yg mendaoat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yg cantik. beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"
Malaikat Jibrail as pula bekta:
"menegakkan panji2 agama itu lebih cantik dripa sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu utk usaha2 agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agamasmpai ke akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut"
Allah swt kemudian berfirman :
" syurga Ku lebih cantik daripada mengkuk yg cantik itu..nikmat syurga ku itu lebih manis daripada madu dan jalan menuju syurga Ku adalah lebih sukar daripada meniti di atas sehalai rmabut"
p/s : skadar perkongsian..semoga kita dapat sesuatu yang bermakna dari isi tersirat cerita ini..kuatkan amal,tingkatkan IMAN.. ^_^
sumber : daripada blog sahabat di alam maya :- e-gamis.com Baca Selengkapnya..
Sunday, September 6, 2009
Diari 14 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Kenangan pada 14 Ramadhan ini banyak mengajar erti kesabaran dan keimanan.Terasa banyak peristiwa dan kejadian yang menguji keimanan datang silih berganti,seperti Allah sedang berbicara denganku.Hari itu aku sangat gembira kerana aku bakal berbuka puasa buat kali pertama dengan mama dan abahku di rumah setelah 2 tahun berada di sana.Walaupun aku menetap di sana,ntah mengapa aku tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai kenikmatan Ramadhan di pulau Mahsuri itu,dan Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke -3 aku berada di rumah dan aku seperti tidak percaya yang aku sekarang bersama-sama dengan ibu bapaku menikmati juadah sahur dan berbuka,terawih dan banyak lagi.Syukurlah,bukan senang nak dapat peluang yang Allah bagi ini.
Namun begitu,sebelum aku berjaya menjejakkan kaki di Pulau Lagenda ini,banyak peristiwa yang berlaku stapi aku redha atas apa yang terjadi.Hari itu adalah hari Jumaat,selepas habis sahaja kelas BI di Pusat Bahasa,aku bertekad untuk balik ke rumah walaupun sebelum ini aku masih lagi kurang pasti ,memandangkan tanggungjawabku di sini masih belum beres.Namun,gerak hati dan ajakan ibu bapaku membuatkan aku jadi bersemangat.Lagipun,ada something yang boleh dikatakan ‘emergency’.Sebelum sahabat2 ku menghantarku ke Butterworth,tiba2 hujan turun dengan lebatnya sehingga jalan raya pun dah hilang dari pandangan.
Akhirnya,sampailah juga aku di terminal bus pada jam 3.40 petang dan alhamdulillah bus ke Alor Setar telah pun menunggu.Setelah mendapatkan tempat duduk,aku cuba target masa bila boleh sampai ke jeti Kuala Kedah,bimbang kalau2 terlepas feri.Aku cuba bertenang dan semoga dipermudahkan Allah.Dalam aku berfikir,akhirnya aku tertidur keletihan di sebelah mak cik yang tidak sempat untukku bertaaruf.Takpelah,tiada rezeki.Mujurlah aku tersedar 5 minit sebelum bus sampai di Pekan Rabu.Memang selalunya aku turun di situ sebab banyak bus mini yang menuju ke jeti berbanding di Shahab Perdana yang biasanya teksi sahaja yang berlambak.
Dalam pukul 5.30 petang,bus mini pun meluncur laju merentas bandar Alor setar menuju jeti Kuala Kedah.Dalam menghayati pemandangan ciptaan Tuhan,Aku amat bersyukur tiba2 Allah telah memberi lintasan hati padaku,baru aku teringat yang aku tidak cukup duit nak beli tiket feri nanti.Hatiku beristighfar dan lebih kurang beginilah aku bermonolog,”Aku kena draw duit ni,kalu tak alamatnya aku kena la bermalam di sini”.Sampai di jeti ,aku terus mencari bank2 terdekat,tapi kebanyakan bangunan telah di’block’ dengan bazar Ramadhan yang sangat meriah.Tapi,aku tidak kira,dengan bulat hati,terusku redah bazar itu semata-mata mahu draw duit.Orang lain pergi bazar cari makanan,aku pula cari duit.Alhamdulillah,berjaya juga aku drawing sedikit duit walaupun sesak dengan orang.
Aku berjalan laju menuju kaunter pembelian tiket dan terus menghulurkan RM 23 kepada seorang akak yang bertugas,tiket pukul 6 petang dan sekarang sudah jam 5.50 petang.Hatiku bermonolog lagi”gano ni?aku tok maye lagi,takpe mungkin Allah sedang menguji iman aku ni.Teringat peristiwa yang seakan-akan seperti ini,peristiwa yang benar2 menguji akidah seorang hamba.2 bulan lepas,pernahku solat di lorong menuju tangga atas di sebelah kedai cina memandangkan kereta mengambil masa yang lama untuk diservis.Ibubapaku juga ada bersamaku namun mereka tidak apalah,musafir.Kawasan itu memang tiada surau dan kedai2 disitu pula banyak dipunyai orang cina.Hatiku mula kecut bila teringat amaran ALLAH kepada hamba yang sengaja meninggalkan solat.
Waktu itu solat maghrib.Alhamdulillah,lorong menuju tangga itu bersih dan ada pula surat khabar yang tidak digunakan lagi.Tapi dalam kekalutan itu ada satu yang menggelikan hatiku,mamaku sempat bertanya kepada lelaki cina ni,lbh kurang begini la “kiblat arah mana ye?”Aku dan abah saling berpandangan,aku terus menambah soalan cepumas mama kepada si cina ini,”hm,matahari terbenam arah mana ea?”Mujurlah dia tahu dan menunjukkan arah terbenam matahari.Dan dengan hamparan surat khabar,akhirnya Allah mengizinkanku sujud kepadaNya dan di waktu itu aku merasai manisnya iman anugerah Allah ini.Benarlah firman Allah,solat itu wajib dalam apa jua keadaan hatta orang sakit tenat sekalipun mengikut syarat2 tertentu.Itulah kenanganku yang tidak mungkin ku lupakan.
Aku terus berlari2 menuju surau dan mujurlahlah aku dalam situasi orang bermusafir,zuhur dan asar dijamakqasarkan.Selesai solat,aku pantas menuju feri yang masih lagi menunggu penumpang,masa itu sudah pukul 6.05 petang,on the way nak pi sana,ada juga rupanya orang yang senasib dgnku,seorang leleki cina berlari2 mengejar feri.Aku hanya berjalan dengan laju dan buat2 cool memandangkan petugas2 feri msh lagi menunggu.Sebaik kakiku selamat menjejakkan kaki ke dalam feri dan mengambil tempat,tangga pelepasan feri terus diangkat dan dijarakkan dari feri.Barulah aku tahu yang aku adalah orang yang paling ‘last’ menaiki feri.Tapi,syukurlah tidak terlepas feri.
Dalam feri,Ibu bapaku sibuk bermesej pdku bertanyakan bila ketibaanku di jeti Langkawi nati.Tapi mereka sndiri yang mengagak aku akan smpai dlam pkul 7.30 dan jangkaan mereka benar.Akhirnya aku dan ibu bapaku berbuka puasa di dalam kereta sementara kereta meluncur laju ke rumah.Usai menikmati juadah masakan mama dan solat maghrib berjemaah,kami terus ke surau maktab langkawi.Saat menjejakkan kaki di surau itu,satu persatu kenangan manis bersama kawan2 di maktab dulu menerjah ruang fikiran,sangat seronok saat bergelar seorang pelajar sekolah.Kalaulah aku boleh balik semula ke zaman itu,kan best(monolog lagi)..tapi istilah ‘kalau’ memang tiada dalam ajaran Islam.Jadi,aku pasrah dan bersyukur dengan kehidupanku kini sebagai seorang mahasiswa dan lain2.
Terawih yang berimamkan seorang kaunselor di sini memang cukup mengsyahdukan sesiapa sahaja yang mnjadi makmum kepadanya.Beliau ini pandai bermain dengan perassaan atau;psiko’kan pelajar2nya termasuklah adikku.Beliau sedaya upaya membuatkan semua orang menangis dengan mengalunkan ayat2 suci Al-Quran,berzikir,berselawat dan bernasyid dgn suara yg mndayu-dayu sehingga dia sendiri pun turut menangis.Tadi,aku mulai perasan suara imam ini makin lama makin tenggelam kerana sebak dalam meminta keampunan kepada Allah.Alhamdulillah,terawih di sini bukan sahaja tujuan melakukan ibadat tapi ia juga melatih kita menghayati setiap ibadat yang kita lakukan..barulah ibadat kita itu berkualiti dan lebih khusyuk mengadap Ilahi.Semoga pelajar di maktab ini sentiasa barakah dalam menuntut ilmu,begitu jua adikku yang kini menghadapi peperiksaan percubaan SPM.
Memandangkan kini kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan.iaitu saat kemuncak atau klimaks kita dalam mendapatkan keampunan dan keredhaan daripadaNya,maka janganlah kita sia2 kan peluang yang ada dengan bercampur kebatilan dan kebenaran kerana Allah sentiasa membuka pintu taubatNya selagi nyawa tdk lagi smpai ke keronkongan.Sesungguhnya apa yang berlaku di dunia ini sudah pun Allah tentukan sejak awal lagi dan segalanya mempunyai maksud dan hikmah tersirat.Wahai sahabat2 ,bersabarlah dengan apa saja yang telah,sedang dan akan berlaku nanti.Sesungguhnya Allah menyukai mukmin yang kuat dan banyak bersabar sesuai dengan firmanNya dalam surah An-Nahl : 96
“Apa yang ada di sisimu akan lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.
Semoga sahabat-sahabat mendapat dan mengambil sedikit pengajaran daripada cerita ana yang tak sehebat cerita iktibar semasa zaman sahabat Nabi ini..semoga ibadah kita diterima oleh Allah S.W,T,Insya-Allah. ^_^ Baca Selengkapnya..
Saturday, September 5, 2009
..Mentari Hidup..

Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali Baca Selengkapnya..
Friday, September 4, 2009
Demi menggapai cinta Maha Agung

Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini dan mengecap nikmat-nikmat percuma yang Allah SWT kurniakan.
Marilah kita hayati satu petikan yang bertemakan tentang satu perkara yang amat sinonim dengan manusia terutamanya kita sebagai remaja iaitu CINTA.
Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti ‘dating’, perbualan telefon dan surat cinta dan yang sewaktu dengannya.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan hati yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu’ dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketaqwaan kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya Cinta Nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu’ solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang paling luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.
Begitulah wahai sahabat, sememangnya cinta kepada makhluk yang berlainan jantina adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi, kita sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir, sewajarnya tidak kita salurkan cinta yang dikatakan fitrah itu ke jalan yang tidak diredhainya ataupun dengan melakukan maksiat. Ingatlah wahai sahabat, bahawasanya jihad melawan hawa nafsu adalah antara jihad yang paling besar di sisi Allah SWT.
Wallahua’lam.
sumber: kiriman seorang sahabat yang jauh di mata,syukran Ayu Ashilla. Baca Selengkapnya..
Friday, August 21, 2009
Salamat datang wahai RAMADHAN..

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
-
Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
-
Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
-
Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
-
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
-
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
-
Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
![]()
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
sumber:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat
Tuesday, August 4, 2009
CIRI-CIRI MAHASISWA CEMERLANG

oleh Datuk Prof Dr. Syed Othman Al-Habshi
Presiden dan CEO Unitar
Mahasiswa perlu dibentuk untuk mengamalkan beberapa amalan bagi pembentukan sikap yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan sebagai persediaan menjelang tahun 2020. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1. Sikap Inginkan Kecemerlangan
Walaupun kecemerlangan lazimnya dikaitkan dengan pengeluaran barang yang berkualiti tinggi, namun ia perlukan kepada teknik, prosidur dan sistem pengeluaran yang mampu menghasilkan barang pada tahap kualiti yang diperlukan. Konsep ini telah diperluaskan untuk merangkumj juga sektor perkhidmatan yang menjadi kian besar dan penting dalam ekonomi negara. Bahkan, kecemerlangan tidak lagi terhad kepada proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dipasarkan untuk mendapatkan keuntungan, ja juga menjadi kriteria yang amat penting dalam organisasi bukan-untung yang menghasilkan perkhidmatan untuk faedah awam.
Konsep kecemerlangan yang luas digunakan sekarang ini tidak lagi berasaskan kepada konsep kualiti yang terhad kepada suatu proses sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan organisasi yang dikenali sebagai kualiti keseluruhan. Pengurusan Kualiti Keseluruhan atan Total Quality Management sebenarnya merangkumi bukan sahaja segala teknik, prosidur dan sistem dalam seluruh organisasi tetapi juga segala urusan luaran yang tennasuk pembekal dan pengguna. Pembekal juga perlu membekalkan barang (input) yang berkualiti tinggi. Pengguna pula merupakan pihak yang menentukan kualiti yang diperlukan.
Konsep pengurusan kualiti keseluruhan ini tidak lagi boleh dihadkan kepada segala urusan yang boleh "disistemkan', 'diprosidurkan" dan "diteknikkan" semata. Ini seolah-olah mengandaikan bahawa tidak ada input dari manusia yang diperlukan. Sebaliknya, kita ketahui bahawa manusia itu mempunyai peranan yang lebih besar dari teknik, prosidur dan sistem. Pertama, input manusia amat perlu untuk membentuk teknik, prosidur atau sistem tadi. Kedua, segala keputusan untuk menukar atau membaiki teknik, prosidur atan sistem bagi meningkatkan kualiti perlu dibuat oleh manusia. Bahkan dalam serba hal seperti itu, input manusia amat penting sekali. Maka, disebalik kecemerlangan itu terdapat manusia yang mempunyai sikap yang sesuai untuk mempastikan kecemerlangan tadi. Oleh yang demikian, kriteria yang paling penting dalam mencapai kecemerlangan ini ialah manusia yang mempunyal sikap sentiasa inginkan kecemerlangan.
2. Masyarakat Berilmu
Ilmu itu adalah tunggak kepada iman atau percaya. Ilmu dan para ilmuan mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan dihormati dan dijadikan model untuk, diturut dan segi sikap, nilai dan kelakuan. Tetapi, sebalikuya, mahasiswa dan juga mahaguru di universiti jarang-jarang mengamalkan ilinu yang mereka pelajari, khususnya dan segi sikap, nilai dan kelakuan mi. Seorang yang digelar "Profesor" seharusnya mencerminkan bukan setakat banyaknya ilmu yang mereka miliki tetapi juga sikap, nilai dan kelakuan yang sesuai dengan para ilmuan. Sekiranya konsep ini diperluas dan diamalkan, maka ilmu itu akan memelihara kita dan segala perkara yang negatif.
Masyarakat berilmu dilaungkan semula pada masa ini kerana ilmu itu juga boleh membawa kepada kecemerlangan. Laungan mi dibuat kerana makliumat yang begitu banyak dapat dihasilkan oleh teknologi komputer dalam masa yang singkat. Mereka yang mengetahui makiumat ini dahulu akan mempunyai kelebihan (advantage) dalam dunia yang sangat sengit persaingannya. Tetapi yang penting sebenamya bukanlah setakat mengetahui makiumat dalam bentuk nombor yang dihasilkan oleh komputer. Yang lebih penting ialah mempunyai kemampuan memahami ilmu dari makiumat dalam bentuk nombor itu.
Maka apa yang perlu bagi mahasiswa ialah mempunyai ilmu yang bermanfaat yang mencerminkan keilmuan akademik dan sikap para ilmuan, serta kemampuan mendahului orang lain dalam menimba sebarang ilmu yang baru.
3. Rangsangan Yang Positif
Seseorang itu boleh dirangsang jika apa yang dilakukan pasti mendatangkan ganjaran yang setimpal. Contoh orang-orang yang telah berjaya dalam berbagai bidang boleh diberi sebagai rangsangan yang cukup kuat untuk mengamalkan kecemerlangan. Kejayaan yang pasti didapati ini bukanlah berbentuk material atau kebendaan semata. Bagi mereka yang berugama, setiap usaha yang membawa kebaikan kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat dianggap ibadat dan pasti diberi ganjaran yang setimpal di dunia dan yang berlipat ganda di akhirat. Ini seharusnya menjadi rangsangan yang sangat kuat untuk kita bersungguh-sungguh dalam sebarang usaha.
4. Menentukan ObjektifBagi Setiap Amalan
Usaha ke arah kecemerlangan harus dilakukan dengan menentukan objekuf terlebih dahulu. Begin with the end in mind adalah salah satu daripada tabiat orang-orang yang cemerlang. Satu dari kaedah pengurusan yang cemerlang juga dikenali sebagal Management By Objectives atan MBO. Islam telah menentukan bahawa setiap amalan itu harus disertakan dengan niat. Menurut sebuah hadis Rasulullali (saw) yang diriwayatkan oleh Imam Bukuari dan Muslim,
"Sesungguhnya setiap amalan hendaklah disertakan den gan niat dan tiap-tiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Bagi mereka yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, hijrahnya ada lah kerana Allah dan Rasulnya. Dan bagi mereka yang hijrahnya ada lah kerana mencapaifaedah keduniaan atau untuk mendapatkan seorang pere mpuan untuk dikahwini, hijrahnya ada lah untuk apa yang diniatkan"
Pengajaran Islam ini amat tepat sekali bagi manusia dan bukan sepatutnya dihadkan kepada ibadat khusus sahaja. Niat atan objektif kita haruslah jelas dan sekiranya kita berusaha ke arah objektif tadi, sudah pasti kita akan mencapainya. Niat bagi orang Islam seharusnya dibentuk supaya segala amalan dijadikan ibadat, termasuk amalan atau usaha keduniaan yang boleh dijadikan ibadat juga jika diniatkan dengan cara yang betul.
5. Kesungguhan Dalam Usaha
Menurut sebuah hadis Rasulullah (saw) yang bermaksud:
"Bahawasanya Allah sangat suka kepada seseorang daripada kamu, yang apabila berusaha melakukannya den gan bersungguh-sungguh"
Hadis tersebut di atas amat jelas membayangkan tentang kesungguhan yang dituntut oleh Allah (swt) kepada sekalian hambaNya dalam melaksanakan apa juga usaha. Hanya jika kita bersungguh-sungguh dalam sebarang usaha kita barulali kita boleh mencapai apa yang kita niatkan dengan cemerlang. Kesungguhan ini tidaklah pula terhad hanya kepada ibadat khusus, tetapi di dalam setiap ibadat termasuk ibadat umum.
6. Konsep Ihsan Dalam Berusaha
Konsep ihsan yang antara lainnya bermaksud "tindakan yang betul", "kebaikan", "belas kasihan", "sumbangan", "sedekah", "ikhlas", merupakan satu dorongan kepada pelaksanaan setiap usaha dengan cemerlang. Dua hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengenai ihsan yang juga terdapat di dalam kumpulan empat puluh hadis yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi (hadis No.2 dan No.17) dengan jelas menunjukkan dorongan bahkan suruhan ini. Bahagian yang berkenaan dari hadis No.2 bermaksud:
"Terangkan (Wahai Muhammad) kepadaku (Sayyidina Jibril) maksud ihsan: Rasulullah (saw) menjawab, ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan sementara kamu tidak nampakNya, sesungguhnya Dia nampak kamu"
Maksud hadis No.17 pula ialah:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kecemerlangan dalam setiap perkara. Oleh itu, jika kamu bunuh, bunuhlah dengan sempurna; dan jika kamu sembelih, sembelihlah dengan sempurna. Biarkanlah tiap-tiap seorang dan kamu mengasah pisaunya dan biarkanlah dia ringankan keseksaan kepada binatang yang ia sembelih"
Sekiranya ihsan itu menjadi amalan kita, maka seharusnya kita melakukan sebarang usaha dengan segala kemahiran dan kepakaran supaya usaha kita itu mencapai objektifnya.
7. Konsep Halawatul Iman
Konsep halawatul iman bermaksud bahawa seseorang Muslim itu tidak akan berpuas hati dengan tingkat imannya sendiri. Ia sentiasa inginkan imannya dipertingkatkan setiap waktu. Konsep ini juga amat sesuai dengan konsep kualiti atau kecemerlangan yang sentiasa boleh dan perlu dipertingkatkan. Tingkat kecemerlangan itu tidak terhad, samalah seperti tingkat iman itu. Misalnya, kita harus cuba meningkatkan kecemerlangan ibadat kita, sama ada ibadat khusus mahu pun ibadat umum.
8. Konsep Muhasabah
Muhasabah bermaksud menilai atau menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan setiap hari. Kita harus bersyukur apabila kita telah melakukan kebaikan dan menyesal atas segala keburukan yang telah kita lakukan. Konsep ini juga amat penting dalam memperhitung atau menilai apa yang perlu kita lakukan dan apa pula yang perlu kita jauhi atau tidak melakukan dalam meningkatkan kecemerlangan kita. Misalnya, pada akhir hari bekerja kita menilai apa yang telah kita lakukan pada han itu dan merancang untuk melakukan beberapa perkara pada hari esoknya. Adalah menjadi suatu amalan yang baik jika kita bermuhasabah sewaktu hendak tidur dan merancang pula apa yang hendak kita lakukan apabila bangun dan tidur.
9. Uswatun Hasanah (Role Model)
Satu daripada cara yang paling baik untuk membentuk sikap ialah melalui teladan yang baik atau uswatun hasanah. Contoh yang paling baik bagi umat Islam ialah Rasulullah (saw) sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah (swt) di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (din) Rasulullah itu satu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan kedatangan) hari qiamat dan dia banyak menyebut Allah".
Mencontohi yang baik sememang merupakan satu daripada kaedah latihan untuk pembentukan sikap yang baik. Selain daripada Rasulullah (saw) sebagai contoh yang paling baik, kita juga dapat melihat pemimpin dari kalangan para sahabat Rasulullah (s.a.w.) atau masyarakat kita yang baik sebagai contoh. Pernimpin ini termasnklah ketua rumah (bapa) bagi keluarga; ketua di pejabat bagi seluruh kaki tangan di sesuatu Jabatan, pemimpin-pemimpin di semua lapisan masyarakat. Bagi mahasiswa khususnya, mereka harus sedar bahawa mereka juga akan memimpin. Oleh itu mereka perlulah memberi teladan yang paling baik.
10. Konsep Jama 'ah
Islam sentiasa mendorongkan kita untuk melakukan sesuatu yang baik itu secara kumpulan atau jama 'ah. Di dalam mendirikan sembahyang pun, kita disuruh untuk menunaikannya secara jama 'ah. Mereka yang berbuat demikian dikumiakan dua puluh tujuh kali ganda.pahla bagi mereka yang sembahyang seorangan. Sehinggakan kita disuruh mengulangi sembahyang sekiranya sembahyang kita pa da kali pertama telah dilakukan seorang din sedangkan ada sekumpulan yang sedang bersedia untuk bersembahyang secara jama 'ah sedang kita berada di dalam kumpulan itu. Islam juga menggalakkan kita melaksanakan kegiatan berdakwah atau meningkatkan syi'ar Islam melalui kumpulan. Dengan bergiat secara kumpulan, kita dapat mengeratkan tali perhubungan di antara ahli kumpulan; mengenalpasti kekuatan tiap-tiap ahli supaya segala usaha yang dilaksanakan dapat meningkatkan prestasi dan daya pengeluaran berdasarkan kekuatan masing-masing; membina kemampuan ahli kumpulan; dan meningkatkan initiatif dayacipta serta dayakerja tiap-tiap ahli kumpulan. Maka, konsep ini sebenarnya harus kita laksanakan dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan. Di kalangan penulis Barat, mereka menyebut team work (atau berusaha secara kumpulan. Harapan Max De Pree, Ketua Pegawai Eksekutif Herman Miller menyatakan:
"My goal for Herman Miller is that when people both inside the company and outside the company look at all of us, not as a corporation but as a group of people working intimately within a cov('nantal relationship, they'll say, "Those folks are a gift to the spirit"
p/s: semoga kita berazam untuk memenuhi ciri-ciri menjadi mahasiswa cemarlang seperti yang disebutkan di atas..Insya-ALLAH. Baca Selengkapnya..
Kriteria-Kriteria MuKmin Soleh

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Amal soleh pula apabila dilakukan yang paling betul dan bertepatan dengan syari'at Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W.
KRITERIA-KRITERIA MUKMIN SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama islam dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Sumber : iluvislam.com Baca Selengkapnya..


